Jangan susah susahkan diri ...

by - Selasa, Julai 06, 2010

Bagus kan manusia ni... Pujian diberikan sampai tak boleh nak simpan kat mana dah .. nak taruk dalam poket pon penuh.. letak dalam beg pon tak muat ..

Cuba perhatikan Piala Dunia FIFA 2010 kali ni .. sebelum pergi berjuang , pergh... pelbagai kata kata semangat .. pujian diberikan.. Engkaulah terbaik ... Brazil , Argentina, England, Itali dan Perancis... Apa jadi sekarang ?? Patutkah pasukan bukan pilihan seperti Korea Utara di kutuk serta diarahkan kerja di lombong setelah berhempas pulas melayakkan diri ke pusingan akhir ?
Kalau pasukan tu berjaya ke peringkat separuh akhir atau menjuarai Piala Dunia , adakah Presiden mereka akan menghadiahkan negara tu pada mereka ? Atau bagi duit sampai 10 keturunan tak abis makan ? Tak mungkin bukan ? Dimana semangat kesukanan sebenarnya ? Mereka pergi berjuangkah ? Ini cuma sukan... Kalau begitulah hukumannya , sapa lagi nak wakili negara selepas ini ?

Maradonna..angkuh dalam setiap ucapan dia tapi bagi aku tu cuma perang psikologi dia je..ternyata makan diri sendiri ... Dunga... terus dipecat ... Walaupun mmg patut tapi sekurangnya bagi peluang dia meletakkan jawatan .. lebih bermaruah ... hurmm...

Ni la dunia sukan yg kita agungkan... Menang , jerit ... kalah .. maki ... hurm...Tapi yang penting , mereka tetap jutawan ... Kita ?

You May Also Like

1 comments