Blog : Antara trafik , komen dan pembaca

by - Sabtu, Oktober 22, 2011

 

Kebelakangan ini , cara untuk mendapatkan trafik yang tinggi amat mudah sekali .. Letak saja url serta sedikit penerangan di wall FB dan berduyun-duyun masuk ke blog ..

Blogger akan tersenyum bangga .. Ibarat menangkap ikan dengan pukat tunda .. Umpan sikit tapi hasilnya banyak .. Best kan ? Serius sangat best !

Tapi , dari beribu ribu yang masuk itu , berapa orang yang akan tinggalkan komen ? Dan paling menarik , berapa ramai akan ingat nama url blog kita mahupun menjadi pembaca setia ?

Trafik mmg best .. Tapi bagaimana nak jadikan trafik itu menjadi pembaca setia blog kita ? Itu yang sukar ..

Bayangkan jika blogger tu keluar dating dan tak update blognya .. Atau pun , macam aku , update gunakan telefon bimbit.. Bagaimana nak promote ke FB ?

Facebook , adalah tempat promosi entri yang mmg laris dan mudah tapi sebenarnya cabaran dalam dunia blog ini bagaimana nak dapatkan pembaca setia malah mereka meninggalkan pendapat mereka setelah membaca entri kita .

Itulah sebenarnya tarikan sesebuah blog .. Mampu menghasilkan trafik tanpa sebarang promosi.. Bagaimana nak melakukannya ? Pengalaman akan mengajar blogger itu sendiri .. InsyaAllah ..

Dan jangan lupa , pastikan pembaca keluar dengan ‘kenyang’. Dengan cara itu , blog korang akan ‘dijual’ .

You May Also Like

29 comments

  1. Alhamdulillah ada yang baca. walaupun cume beberapa orang je. :D

    BalasPadam
  2. sy buat blog utk suka2.. hehe.. nuffnang bagai tu sume xde.. ade @ xde pembaca, ok ja.. :D

    BalasPadam
  3. semua org boleh buat entri.tapi nak buat entri yang bagi orang akan ingat blog kita,itu yg susah

    BalasPadam
  4. mLov , like komen anda . tpi aq kadang2 pon jeless tngok blogger2 senior ni asyikk tunjuk cek yg nuffnang bgi . wawawawawa .

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah ada pembaca.Walaupun tak ramai.

    dan genk pun tidak menggunakan facebook sebagai medium untuk promosi.sebab genk tidak mahu bergantung dengan facebook mahupun twitter.Sebab biarlah kita bersusah-susah dalam dunia blog,kerana hasilnya pasti menggembirakan kita,InsyaAllah.

    BalasPadam
  6. ahamdulillah saya ada 17 org follower yg berkualiti antara 1272 follower yg lain...

    BalasPadam
  7. betul tu. mcm sy jgk kdg singgah blog org, jeling2 je. hehe :P it's depend on topic :)

    BalasPadam
  8. yup sokong abg ben... hanya follower yg setia sj akan sllu sokong kita..

    BalasPadam
  9. salamun a'laikum

    ..sye stuju dgn abg ben ashaari.
    traffic boleh cari tp loyal reader?

    kdg3, even sorg je yg komen tp rse appreciate sgt yg komen 2 sbb sudi spend mse jap je utk menaip respon bg entry.

    *yg respon tp xde kaitan entry sbb na publisiti x termasuk kikikiki



    fi aman Allah,
    L.N

    BalasPadam
  10. blog kaka yang kaka tahu..orang2 yang tinggalkan komen kebanyakkannya ialah orang2 yang kaka komen kat blog dorang :))

    BalasPadam
  11. ade jugak la beberapa org... terharu sgt.

    BalasPadam
  12. untuk dapatkan pembaca setia...n3 mesti best, menarik, dan berilmu kan...

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah saya ada juga pembaca walaupun tak ramai. Pembaca setia tu, insyaALLAH ada. dalam diam. Silent reader lah katakan. follower ramai tapi pembaca tak ramai tak best gak. Tapi now pentingkan kualiti penulisan dan masukkan segala sense of humour. Baru lah dapat tarik pembaca. Yeah! :D
    Kadang2 segmen tingkat trafik tu macam buang masa, sebab trafik meningkat pada hari tu je. so, better buat contest pasal isu2 semasa ke, pengalaman. Cara tu boleh tarik pembaca untuk masukkan dalam bloglist mereka, macam Abang Ben. Hehe! :D

    BalasPadam
  14. syieda baru buat blog. yg salu dtg org yg same. thanks pd diorg.. ^_^

    BalasPadam
  15. blog ibarat kedai makan,
    hidangan perlu diambil berat.
    rasa mahupun rupa..

    ..kalau tetamu suka, they'll come back n akan jadi regular customer!

    i've my fav. too!

    BalasPadam
  16. pengalaman akan mengajar blogger itu sendiri..

    BalasPadam
  17. sy pembaca setia blog abg ben je..blog sy biarlah..hehe

    BalasPadam
  18. suka sangat entri ni.. ;)

    jemput baca:

    http://abuhanif186.blogspot.com/2011/10/dalam-banyak-banyak-tu-berapa-yang.html

    BalasPadam
  19. memang susah nk dpt pembaca setia... huhu

    BalasPadam
  20. trm ksh abg ben bagi nasihat ni.

    BalasPadam
  21. yezza ! lately ni, alhamdulillah ade yg sudi komen.. itu pun sudi.. coz dah lame tak publish komen dri orang lain... abg ben, camne kite nak cri follower yg betul2 setia bace entri kite tanpe penah jemu ehh? hmm...

    BalasPadam
  22. betul apa yang abng ben cakap tu, jangan biar pembaca lapar ya, kalau boleh keluarkan semua makanan yang ada dalam blog tu, sediakan yang lazat-lazat ya..hihihi

    BalasPadam
  23. saya pun hadapi dilema.. kurang pembaca walaupun ada pelawat.. tapi saya akan terus berusaha

    BalasPadam
  24. kita perlu tulis blog berterusan jangan hangat2 tahi ayam je.. istiqamah..

    BalasPadam
  25. bukan senang nak tarik pembaca.. ayat kena power dan title kena mantap.. kalau masuk blog citer pasal peribadi jewp tak tau nak komen apa.. last2 tinggalkan jejak jewp kat shoutbox [=="]

    BalasPadam
  26. menulis blog hanya satu hobby bagi sy. Tapi membaca blog memang buat sy 'ketagih' bila jumpa penulis blog yang menghidangkan 'jamuan' yg memuaskan hehehe.. sy akan setia wlaupun jadi silent reader..(baca.. tapi taktau nak komen apa hehe)

    BalasPadam