Cetak rompak meh ?

by - Jumaat, Oktober 28, 2011

 

Lawak dan kesian bila baca kisah album Jamal Abdillah yang telah dicetak rompak padahal belum lagi diterbitkan pon !

Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah kecewa apabila album terbarunya, Raja Pop II telah dicetak rompak walaupun ia belum dilancarkan secara rasmi.

Pengurus penyanyi itu, Ali Razak Mastor berkata, Jamal sendiri telah pergi ke beberapa lokasi pasar malam di sekitar Petaling Jaya dan menemui album terbarunya dijual dengan harga RM10.

"Jamal sangat kecewa apabila album terbarunya itu telah dicetak rompak kerana ia masih belum dilancarkan," ujarnya – Mstar

 

Masalah tu mmg dari dulu tak pernah settle.. Cuba fikir , camana leh timbul masalah ni ? Album belum keluar tapi kat pasar malam dah ada ?? Haa… Ibarat belum kawin tapi dah mengandung… Hahaha.. Lebih kurang gitu la kan ?

Kemudian di dunia blog pulak , masalah plagiat artikal orang.. Ada yang main copy paste tapi tak bagi kredit pada pemiliknya ! Nak lagi kejam , blog dia semua dia kebas entri orang lain ! Tak kira la berita , rencana mahupun entri entri pasal seluar dalam pon dia amik pastu jadikan hak milik dia ! Best part , siap letak iklan ! Adoi…  Lawak benor aihh..

Nak lagi kejam ?? Hahahaha… Ni haa.. ada sorang sahabat , dari header sampai la ke warna template blog .. sebijik ! Eh , aku pun penah kena gak gini.. Sakit hati ???  Memula tu mmg la sakit hati tapi bila fikir masak masak , sampai bila ‘mamat’ tu nak hidup gitu kan ? Orang jenis gini ,hanya tau ‘menyakitkan hati’ orang lain dan dia amat gembira dengan perilakunya tersebut.

Memula dulu , aku suka gak copy paste artikal berita dan rencana. Kenapa ? Dari situ , aku buat kajian sebenarnya.. APa yang orang suka baca setiap hati ? Maka aku dapat jawapan dan aku perbaiki sedikit demi sedikit corak penulisan aku..

Kalau orang ciplak hak milik aku ?? Loh…. amik la… Cuma kalau amik gambar aku tu kata tu dia , aku report polis je ler.. Pe susah kan ? Tu namanya menipu orang ramai .. Nak lagi best , saman terus orang yang menyalahgunakan gambar kita tu .. Haaaa….

Tapi sedarkah perbuatan kita yg dok download movie n music tanpa kebenaran atau membuat bayaran  , semua itu juga satu cetak rompak ?? Tapi bila orang cetak rompak hasil kita, kita tau nak marah lak kan ?

Zaman skang ni saman menyaman mmg best !

You May Also Like

8 comments

  1. hoohooh,. takutnya kena samaan .. ekkekke

    BalasPadam
  2. glamer terus naik turun court. hihi :)

    BalasPadam
  3. kalau album Coldplay - Mylo Xyloto boleh leak kat internet seminggu sebelum release, apatah lagi Jamal Abdillah punya.

    kalau takde orang dalam yang suka ambil kesempatan, tak jadi benda macam ni.

    BalasPadam
  4. tula...mmg geram bab2 curi hak org ni.bab gmbr pula klu kita tau takpe..kalau tak tau lg kes naya.sedap2 je mereka guna gmbr kita sesuka hati.

    BalasPadam
  5. cetak rompak harganya lebih murah berbanding yg ori cekik darah.. dah tu kejap aje guna dah rosak.. baik beli cetak rompak..pakai buang..

    BalasPadam
  6. bila nk saman si gay indon tuh ?

    haha.

    BalasPadam
  7. hahaha..tulah kita marah kalau org ciplak kita punya..tapi kita sendiri tak sedar kita pun 2x5 jek...

    BalasPadam