Remaja lebih mudah untuk naik dalam dunia blog !

by - Rabu, Oktober 26, 2011

 

Tak percaya ?? Silalah percaya ! Kenapa ? Berbanding orang orang dewasa macam aku , pelajar punya pelbagai perasaan dalam diri mereka tetapi yang paling menarik ialah perasaan MEMBERONTAK !

Kenapa aku kata itu yang lebih menarik ?? Haa… Bukan mudah seorang remaja nak meluahkan perasaan MEMBERONTAK terhadap satu satu perkara itu ke dalam bentuk penulisan tetapi dengan lemah lembut !

Kalau takat nak caci maki , aku pasti ramai bleh buat ! Tak susah punya tapi bagaimana nak luahkan dalam bentuk yang lembut tapi keras seperti kungfu ! Kungfu ni pergerakkannya lembut tapi pukulannya keras !

Aku bagi contoh la kan .. Tadi kat sekolah aku dirotan oleh guru disiplin atas sesuatu alasan yang aku rasa tidak adil. Kawan aku yang buat pasal tapi aku pulak yang kena ! Bagaimana aku nak menyampaikan perasaan aku tu ?

Itulah cabaran seorang remaja yang bergelar blogger .. Bagaimana entri aku tu nak pikat pembaca terutamanya mereka yang lebih tua dari aku dan juga lebih muda dari aku.. Pastinya golongan sebaya akan lebih tertarik untuk membacanya tapi macam aku kata , camana nak bagi yang lain tu tertarik ?

Penyampaian kita .. Itulah jawapannya.. Remaja punya banyak aktiviti ! Dari pagi sampai malam .. Mereka punya ramai ‘penjaga’ dan paling penting , hati mereka senantiasa berbicara untuk melakukan sesuatu.

Kadang-kadang remaja tak tau pada sapa mereka nak meluahkan perasaan. Ibubapa bz atau pandang enteng perasaan mereka menyebabkan mereka memberontak. Maka dengan punyai blog , mereka boleh meluahkan segalanya tetapi dalam bentuk yang sopan.

Bila menyampaikan dalam bentuk hitam putih , ibu bapa akan lebih memahami anak mereka berbanding secara lisan. Yelah , bila anak cakap lain , mak faham lain. Contoh la kan … “ Mak , amin nak sunat laaa .. “ .. Ada mak akan jawab , “ Amboi, gatai dah hang nooo “ .. Padahal si anak tu malu dengan kawan kawan yang lain sbb daah sunat sedangkan dia belum.. Haaa.. Tu contoh je la..

Selain dari tu , remaja yang penuh dengan aktiviti ni boleh cerita segalanya ke dalam blog tapi biar ringkas dan padat.. Aku pasti korang dah belajar mengenai meringkaskan karangan dan membuat rumusan kan ? Nilah masanya nak praktikan.

Kalau korang berjaya buat gini , aku pasti korang boleh naik dengan cantik sekali. Tak payah sibuk posing dengan tiang lampu mahupun dengan shawls atau kat gym cam aku ! hahahaha…

InsyaAllah.. sekadar pandangan dan cadangan.

You May Also Like

24 comments

  1. wat a good opinion...betollah sangat...sy pn mcm remje itu...huu

    BalasPadam
  2. sy tak posing kat tiang lampu dan pakai shawl..haha..

    byk gak jumpa blog camni..best cara penyampaian dorang.macam nak marah tapi bila kita baca tu rasa lawak pulak

    BalasPadam
  3. tak main la nak posing2 ni, hehe. blog dah jadi diari online saya untuk meluahkan apa yang saya rasa nak tulis.

    BalasPadam
  4. Setuju. Lagipun remaja ni ada banyak
    kelompok atau network, contohnya dekat sekolah-sekolah, bila dah sampai 1 kelas jadi blogger, tak ke senang nak exchange link.

    Satu lagi kes, ni pengalaman aku zaman sekolah ler, bila semuanya dah diluahkan dalam blog, mulalah ada yang terasa dan bengang tak tentu pasal, waktu kelas masam muka, lepas tu, mulalah cari org untuk upah hack blog lah, apa lah..

    itulah penangan blog dalam dunia remaja..

    BalasPadam
  5. Sy sokong entri abg ben...sememangnya remaja suka meberontak, sebab tu dalam setiap penulisan sy, sy suka bagi pendapat kalau ada yang sy tak puas...:D

    BalasPadam
  6. yup! remaja yg happy go lucky... suka bercerita dan tak kisah dgn kritikan atau apa saja... mereka mmg cpt naek...

    BalasPadam
  7. nice entry..^^
    thanx ya uncle ben sebab bagi nasihat:)

    BalasPadam
  8. berblog perlu ada sempadan. jangan sampai suatu masa di mana kita lebih mementingkan penyampaian melalu media elektronik sehingga lupa pada dunia nyata.
    :)

    BalasPadam
  9. thank for the info, saya pun kategori remaja gak. ngehehe :)

    BalasPadam
  10. setuju dgn pendapat ben...mereka byk aktiviti.kalau camsaya yg duduk kat rumah je ni lagi tak byk sgt modal nak share

    BalasPadam
  11. setuju tapi remaja orang muda bukang senag nak jadi penulis yang hebat....only certain people je boleh jadi....n ur one of them....idea sentiasa ada

    BalasPadam
  12. salam...betol 2 abg ben..i agree with u..remaja lg senang nak luahkan perasaan kt blog..mcm sy..dulu sy sllu luahkan apa yg terpendam kt hati ni kt fb..tiap 5 mnt sy updates status..kengkadang kengkawan sy juga rase mual dgn status sy 2..dorg ckp fb 2 mcm jd diari hidup sy pulak..tp dengan berblogging..sy rase ni tmpt yg plg sesuai bg sy..walaupun apa yg kita tulis kt blog x semestinya org bace..tp sy puas..sy dpt lepaskan apa yg terbuku kt hati ni..btw..hope abg n blogger2 yg lain dpt guide sy dlm dunia blog ni..sy still br dlm dunia ni..byk lg x tahu...menjadi blogger mmg best..!!

    BalasPadam
  13. macam name blog sy je..hehe....DUNIA SEORANG REMAJA...>_<....

    BalasPadam
  14. Dah nak dekat dua setengah tahun Imran buat blog tapi tak naik - naik pun .

    BalasPadam
  15. btul tu abg ben..haih,x pelik la abg ben bgitu memahami sbb abg ben pon penah renaja kan..hmm,bgus la sngt..

    BalasPadam
  16. rindu nak buat karangan rumusan kat sekolah.. hehe.. tapi setuju dengan abang ben.. remaja memang ada banyak aktiviti yang boleh dibuat :)

    BalasPadam
  17. yup..remaje byk idea...lgpun dorg ader byk mse utk bbloging.....xmcm kmi yg da bkeje nih :p

    BalasPadam
  18. Remaja memang banyak idea tetapi, ada juga disadvantage dia. #AKUBLOGGERREMAJA

    BalasPadam
  19. btoi btoi btoiii. tp kadang2 merepek mcm sayaa, xDD . baru 13 dh mengada berblogg ><

    BalasPadam
  20. saya kalau sebut pasal kawen je mama cakap "ai dah nak kawen ke" hehheeh... ape pun tak boleh. malu saya..

    BalasPadam
  21. saya kalau sebut pasal kawen je mama cakap "ai dah nak kawen ke" hehheeh... ape pun tak boleh. malu saya..

    BalasPadam
  22. blog saya kurang memberontak, manja manja atau mengada ngada. tak berani. sebab tu tak naik naik... redha jelah. itu lah diri saya.. nak jadi orang lain memnag tak nak.

    BalasPadam
  23. paling suka baca blog YUYU, dia cerita biskut cicah milo pun rasa santai je baca. lucu sangat.

    BalasPadam