Gaddafi yahudi ? Antara dua cerita

by - Isnin, Oktober 24, 2011


Peristiwa pembunuhan Gaddafi membuka mata banyak pihak terutama mereka yang bergelar pemimpin. Rakyat yang selama ini menunduk akhirnya bangkit dengan semangat patriotik yang tinggi..Berlakunya peristiwa itu membuatkan aku tertanya , mengapa dia ?? Aku tak tau sejarah atau latar belakang Gaddafi ..

Kemudian aku google mencari latar belakangnya dan aku agak terkejut dengan penemuan artikal yang mengatakan Muammar Gaddafi ini sebenarnya seorang Yahudi. Dalam artikal itu mengatakan dia yang berketurunan kaum Badwi tetapi telah memeluk agama Yahudi ketika berusia 7 tahun , kalau tak silap aku. Dan neneknya juga berbangsa yahudi yang mana telah berkawin dengan lelaki arab .

Pencarian aku diteruskan dengan membaca artikal rasmi di Kosmo yg bertajuk Gaddafi di julang dan dibuang , aku baca fakta yang berlainan sedikit dan tidak menyebut bab yahudi. 

Ok , kesahihan cerita ini aku tiada bukti . Sekadar mencari kenapa dia amat dibenci oleh rakyatnya. Selain dari dia menjadi diktator serta membuncitkan diri anak beranak dia juga dikatakan pemimpin yang kejam ? Wallahualam .. 

Apa pun , pemimpin negara kita , sila buka mata … Jangan leka di kerusi empuk tersebut dan bermain politik dengan isu isu basi !

You May Also Like

8 comments

  1. aku suka yang perenggan last tu.biar negara kita tak jadi macam libya

    BalasPadam
  2. pelik juga pasal dia ni. ada yang cakap dia ni anti Israel. :O

    BalasPadam
  3. cuba abg ben baca ni.. http://lelakigodang.blogspot.com/2011/10/siapakah-gaddafi-apa-kaitan-dengan.html

    BalasPadam
  4. semoga pemimpin negara kita lebih berhati2 dalam berurusan dengan negara luar .

    BalasPadam
  5. http://www.facebook.com/notes/al-muhaimin/rahsia-tersembunyi-yg-amat-digeruni-yahudi-laknatullah/234353863284759

    BalasPadam
  6. tak kenal pun dia before..heee..tapi kenapa diabkan macamtu rupa yer..hurmm..trus slongkar abg ben..best baca isu nih..

    BalasPadam
  7. Pembangunan di Libya sangat pantas. Dengan rizab minyak yang paling besar di Afrika, dan kesepuluh terbesar dunia, duit bukanlah satu masalah, pada ketika warganya cuma berjumlah sekitar 6 juta orang. Rumah-rumah kediaman didirikan di segenap pelusuk negara. Dari bandar besar di Tripoli dan Benghazi, sehinggalah pekan-pekan kecil di Nalut dan Beyda, rumah-rumah kediaman dibina sebesar saiz rumah Semi-D kebanggaan rakyat Bolehland. Dan sebahagian besar rumah kediaman diberikan secara percuma. Tanpa sebarang bayaran. Bahkan pemuda yang berkahwin, yang mengikut skim bantuan kerajaan, akan menerima sebuah rumah, kereta dan wang sara hidup pada awal perkahwinan.

    Pendidikan di Libya adalah percuma. Tanya sahaja kepada mereka yang belajar di Libya dan menerima biasiswa selama pengajian di sana. Mereka menerima penempatan, wang saku dan tiada bayaran yuran pengajian. Itu untuk warga luar, apatah lagi untuk anak bangsa mereka sendiri. Lihatlah bagaimana mewahnya kehidupan pelajar Libya di Kuala Lumpur yang menerima sekitar 5-7 ribu sebulan duit biasiswa kerajaan. Lihatlah bagaimana meriahnya kedutaan Libya satu ketika dahulu setiap awal bulan, ketika mereka beratur untuk mengambil habuan masing-masing.

    Kebanyakan hospital di Libya adalah percuma. Ketika era embargo, para doctor dan jururawat kesemuanya didatangkan dari negara blok kiri. Bahkan sehingga ke hari ini, kebanyakan hospital kerajaan masih lagi menggaji para doctor dan jururawat luar. Bahkan hospital-hospital kebanyakannya dinamakan mengikut kerakyatan doctor dan jururawat dominan di hospital itu sendiri. Ada hospital Bulgaria, hospital Malta, hospital Rusia dan sebagainya. Lebih menarik, kerajaan mendirikan hospital-hospital pakar dan sangat sedikit hospital umum. Jika tangan patah terus sahaja ke hospital pakar tulang, untuk kanak-kanak sudah tersedia hospital pakar pediatric dan seterusnya. Dalam radius 20km di Tripoli sahaja ada dua hospital pakar tulang, bukti warga Libya memang kerap patah kaki dan tangan.

    BalasPadam