Kawin muda , ok ke ?

by - Isnin, Oktober 31, 2011

 

 

image

Atas alasan elakkan zina dan maksiat , maka anak dara seusia muda dinikahkan atas pilihan keluarga .. Apa pendapat korang ?

Hurm.. mmg bagus tapi zaman ni aku rasa susah sedikit .. Nikah awal ni mmg bagus sangat .. Kalau dapat suami yang benar benar boleh fikir , alhamdulillah .. pandailah dia menjadi nakhoda untuk melayari bahtera suami istreri .. Kalau tak ?

Memang betul , yang dah tua macam aku ni pon belum tentu boleh jadi ketua keluarga .. Tapi sekurang-kurangnya kalau macam usia aku ni buat silap , mereka akan tanggung sendiri. Takkan salahkan orang tuanya.. Sendiri boleh pikiaq , kata orang .. Yang muda ni ? Dah la diaturkan oleh keluarga pastu gagal kemudian mereka akan tuding jari pada parents dia ..

Dalam suratkhabar ari ni menyiarkan satu berita mengenai seorang ibu muda yang berusia 18 tahun yang mana telah menikah seawal umur 14 tahun atas pilihan keluarganya  , yang digantung tidak bertali dan dianugerahkan tubuh menggiurkan, dikesan menggunakan kelebihannya itu untuk mendapatkan wang bagi menyara anak selain memenuhi tuntutan batinnya.

Isteri berusia 18 tahun tahun itu menjadi idaman lelaki mata keranjang yang sanggup berhabis wang untuk menidurinya kerana pakej lengkap dimilikinya.

Dia mengakui selain bagi mencari nafkah untuk seorang anak perempuan tidak sah taraf hasil hubungan terlarang dengan seorang lelaki dua tahun lalu, dia turut mendapat kepuasan seks.

 
Hurm … tak kira lelaki atau perempuan di zaman yang penuh cabaran dan dugaan ini selagi tak kenal dunia selagi itulah selagi itulah mereka tak sedar !

Kenal dunia.. Pergh.. dunia kanak kanak lain.. Remaja lain.. Dewasa lain… Masa tu baru terbuka biji mata.. Baru nampak camana dunia sebenarnya.. Lelaki yang kita cinta , sebenarnya ada yang jauh hebat.. Perempuan yang kita sayang sewaktu sekolah dulu ,ada wanita yang lebih bagus .. Camana tu ? Kuatkah cinta untuk menepis segala dugaan itu ? Setakat yang aku tahu , ramai gagal ! Yang berjaya tu , benar benar miliki hati yang cukup kental … Tahnniah.

Wallahualam.. sekadar pendapat aku jer ..

You May Also Like

24 comments

  1. kawen muda atau tak sebenarnya terpulang pd diri masing2 sama ada boleh menjalankan tgjwb atau tak.sya pun kawen muda gak.umur 23 dah kawen.yg penting kita kena stabil dari segi kewangan dan kerjaya dulu baru boleh fikir utk berumah tangga.mental juga kena bersedia.byk jugak kebaikan kawen muda ni.antaranya dpt elakkan maksiat,membina sikap tgjwb kpd diri,dpt merancang kehidupan berkeluarga dgn mengumpul harta bersama dan paling best anak dah besar pun kita still muda.hehehe

    BalasPadam
  2. btol, kawen muda bukan masalahnya tapi orang yang kawen tu yg mungkin membuatkan kawen muda jadi masalah while the others takde masalah pun.. hee

    BalasPadam
  3. Saya rasa yg penting kepala die, ketua jluarga kan. Adakah perkahwinan ni sbg melampiaskan nafsu sesmata-mata atau sbg satu tanggungjawab. Kalau kita ikut agama, kita tau idup ni ujian dr Allah, kt x berani nak buat tu semua

    BalasPadam
  4. hati sy masih kental..masih milik mak dan abah..huhu

    BalasPadam
  5. aku rasa kahwin muda bukan masalahnya. zaman skrg ni snang sgt nk jd bnde2 x elok ni. bak kata seorang pensyarah, zaman skrg ni kalau ibu bapa ada kemampuan nmpk anak2 dah duk berkepit selalu ke hulu hilir elok baik diselidik cepat2. klu mreka srius eloklah dipercepatkn.. dgn pntauan insyaAllah lama2 matanglah mereka.

    BalasPadam
  6. yang penting, diri masing-masing tue dah sedia atau tidak untuk pikul tanggungjawab bila dah kahwin nanti.. tggjwb suami,istri bukan senang tue.. dan umur bukan masalah nya..

    BalasPadam
  7. terpulang pada diri sendri mcm mane nak membentuk keluarga tu.. yg penting sikap bertolak ansur antara pasangan, dan rasa lbh bertanggungjawab.sy pun kawin muda umur 23tahun dah kawin, pilihan keluarga pulak tu.. umur suami pulak jauh 7 tahun lebih tua. Alhamdulillah... masih berkekalan.. moga hingga keakhir hayat.. amin...

    BalasPadam
  8. sebenarnya kawin muda nie tak der apa2 masalah mcm ben kata, kalau suami menjadi nakhoda yg baik, maka pelayaran rumah tangga akan berjalan lancar insyaAllah hingga ke akhir hayat. ambik contoh orang dulu2; kawin muda + pilihan orang tua = hidup bahagia sampai ke hujung nyawa. malah ada yg masih romantik walaupun sudah ada cucu cicit. pokok pangkalnya, kena pandai pikir jalan terbaik untuk urus rumah tangga. ada masalah, cuba selesaikan dengan berbincang kedua2 pihak.

    BalasPadam
  9. depends pada seseorang mcm mne nk handle bnd ni .. nak kawin awl xslh asalkn mampu n tahu tggjawab .. Tapi seeloknye biala habis blaja dlu :)

    BalasPadam
  10. Salam,
    Kawin muda memang saya tak nampak ada salahnya cuma sebelum pasangan itu mahu menjejak kaki ke gerbang perkahwinan eloklah mereka mengisi dahulu roh Islam didalam diri mereka.

    Bagi bakal suami mereka perlu diajar menjadi seorang suami yang bertanggungjawab sesuai seperti sunnah Rasulullah S.A.W. Ingat suami bukan bos dirumah. Memasak,membasuh,menjaga anak bukan hanya kerja Isteri...Buktinya didalam byk hadis bahwa Rasulullah S.A.W juga turun kedapur jadi jangan nak jadi bos sahaja dan belajarlah mematangkan diri...

    Bagi si Isteri pula perlu ingat selepas anda bergelar isteri ketahuilah bahwa anda mempunyai kewajipan untuk mentaati suami lebih daripada mentaati manusia lain termasuk ibu-bapa. kerana ada didalam suatau hadis apabila Nabi S.A.W ditanya siapakah selayaknya nya disembah selain Allah maka nabi S.A.W jika ada boleh disembah selain Allah maka suami lebih berhak disembah isterinya....Tapi harus diingat jika suami menyuruh membuat perkara mungkar maka suami iti wajib disanggah kerana Allah dan Rasulullah melebihi segala-galanya.

    Kesimpulannya jika perkahwinan itu didirikan atas dasar Islam yakni Al-Quran dan As-sunnah nescaya Allah akan menurunkan Rahmat dalam perkahwinan itu...

    Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya :

    Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

    Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

    BalasPadam
  11. aq buat thesis pasl kawen muda. responden yg kawin muda maslh dia org, duit. sbb responden ni mahasiswa. kawin time bljr. ad yg dua2 student. part ni mslh kit, keje part time. lau suami dh keje, duit xjd mslh. cuma masa. mcm kerja gak. ad komitmen. demi agama. hidup mesti belandaskn agama kan... pendapat masing2. aq memg tabik ar yg berani buat keputsn untuk kawen time muda. sbb bukn seng.

    BalasPadam
  12. ish3..mcm xde keje lain je nak buat..

    BalasPadam
  13. bagi saya yang penting kedua2 bakal suami isteri masing2 perlu matang (jangan dok ikut darah muda jer), masing-masing dah bersedia pikul tanggungjawab besar sbgai suami isteri & bakal suami juga perlu mempunyai sumber kewangan yang kukuh/mencukupi sbb perkahwinan nie bkn utk bersronok shj tau (^_^).

    Link saya >>> http://princehardy.blogspot.com/2011/07/berkahwin-ketika-masih-belajar-pada.html

    BalasPadam
  14. astagfirullah..
    macam2 zaman ni.
    semoga glogan remaja lain macam kami terlindung .
    aminn..

    BalasPadam
  15. sy berumur 21 tahun dan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.Kira bakal kahwin muda la jugak..Bagi sy, semua tu takde masalah sebenarnya..Terpulang kepada pasangan tersebut bersedia atau tidak pikul tanggungjawab, lagi² bakal suami yg akan jadi ketua keluarga..

    BalasPadam
  16. kalau dah bercinta tu , elok kawin sebab bercinta hanya menambahkan dosa . kalau tanak kawin , jangan bercinta .

    BalasPadam
  17. mama kawin muda gak..umur 21 tahun..hihi..

    sebenarnye kawin muda ni tak menjadi isu kalau kedua2 pihak (lelaki dan pompuan) sama2 boleh membuat keputusan yang matang dan rasional.

    Jangan kerana nafsu semata dijadikan alasan. Dan jangan jadikan couple sebagai budaya sebelum berkahwin.

    Alangkah manisnya bila berkenal sebelum kahwin (bertunang - tp jgn lama2) dan bercinta selepas bernikah.......

    BalasPadam
  18. kalau kahwin muda msg2 kena matang. mmg bnyak dugaan lau kahwin muda. tp lau kena paksa kahwin nnt m'berontak pulak, yg disalahkan parents. pkir dulu masak2 sblom buat keputusan..

    BalasPadam
  19. saya pon kawen muda gak..umor 20thun dah kawennn..sy kawen atas pilihan keluarga..lngsg x dak cintn2 tau..kenal tu mmg knl sbb stu kmpg..cuma x pnh bertegur sapa sbb msg2 ngn life msg2 je..tp alhamdulillah..dh hmpir 5 thun usia rumahtangga kitorg n dh 3 org chaya mata pon..still cm org bercinta lg..^_^

    BalasPadam
  20. alhamdulillah . ada sorg blogger kawin umur 16 . tapi dpt suami yang sangat memahami . sekarang die berusia 17 tahun dan sudah mempunyai bayi berusia 2bulan . sngt cemburu dgn jodoh die

    BalasPadam
  21. salam . ifa kawin pada umur 16 dan skrg 17 . dan suami plak 19 . n skrg dah ade baby yg brumur 8 bulan . sbnrnye x de masalah pun kawin awal ni . cumanya hubby perlu kental untuk mncari nafkah . hubby juga perlu sentiasa memahami dengan tanggungjawab untuk menjdi ketua keluarga yang baik. Alhamdulillah. kami sekeluarga masih lagi bahagia dan walaupun kadang2 ada juga pahitnya. tapi itulah yang dikatakan kehidupan dalam rumahtangga . jadi kena saling bertolak ansur dan bersabar .

    BalasPadam
  22. kawin muda x dea masalah..tp jgn bikin masalah kat mak bapak nk sponser kahwi plok yeah!!

    BalasPadam
  23. better kawin muda..tapi bila da kawen muda..jgn la abaikan tanggungjawab sbg pemimpin wahai lelaki...

    BalasPadam