Tak nak kawin sbb takut cerai !

by - Isnin, Oktober 24, 2011

 

Hurm.. Takut nak kawin ! Sebabnya ?? Takut cerai ! Loh… Awat gitu ?  Dia kata ramai kawan kawan dia cerai berai jadi dia takut gak nak kawin ..

Loh .. tak cuba tak tau kan ? Kalu dah cerai , nak kata apa dah .. Mmg  gitulah perjudian hidup ini .. Ada atas , ada bawah .. Ada bahagia dan ada derita .. Keseimbangan inilah yang mewarna-warnikan dunia kita ..

Bayangkan kalau semua orang bahagia.. Jadi perjalanan hidup kita ni seolah tiada rintangan.. Kita dpat je apa yang kita nak.. Macam orang paling kaya di dunia.. Dia mampu beli apa saja ! tapi dia seronokkah ? Yang tak mampu macam kita ni tertelan air liur ,maka kita punya impian tapi bila boleh terlaksana kita lak tamo .. Kenapa ? Biarlah hidup begini.. Lagi bahagia.

Sama seperti perkahwinan.. Kalau kawin , cucuk pastu dapat anak.. Besarkan anak kemudian mati. Apa yang menariknya ? Semua berjalan dengan lancar jeer … Allah tak duga langsung hambanya. Macamana nak tau hambanya tu seorang yang benar benar alim serta takwa ? Melalui dugaan itulah jawapannya.

Dugaan itu adalah tanda kasih Allah pada hamba-hambaNya. Ibarat exam di sekolah.. Kalau masuk kelas baca , tulis , main pastu balik.. Cukup 18 tahun , masuk U .. pastu keje .. kawin , mati.. Laaa.. Mana ujian kehidupan ini ??? Takde langsung ?

Perkahwinan , adalah satu perjalanan kehidupan yang paling mencabar. Kita bukan lagi menjaga satu hati tapi banyak hati nak kena jaga.. Bagaimana kita nak lakukan ? Dengan ujian itulah yang membuatkan kita semakin matang dan berani menghadapi kehidupan. Seterusnya bersyukur betapa kita sebenarnya senantiasa disamping Allah cuma kita saja tak menyedarinya .

Bercerai bukan satu penamat hidup sebaliknya permulaan hidup yang baru untuk lebih ke arah mengenali Allah . Bagaimana kita nak melakukannya ? Dekatkan diri dengan Allah.. Dan insyaAllah , akan dikurniakan kita jodoh lagi jika kita inginkannya.. Kalau tak nak ? Tepuk dada tanya selera.

Hidup hanya sekali. Nikmatilah sebelum mata tertutup buat selamanya. Sekadar pendapat .. Wallahualam.

You May Also Like

11 comments

  1. takut sebegitu sama spt takut hidup sebab takut mati..

    x berapa nak relevan..

    BalasPadam
  2. itu semua ketentuan Allah.. yang penting usaha doa tawakal .

    BalasPadam
  3. Kahwin... pastu cerai...
    Sesiapa pun x nak...
    Tp itulah dugaan hidup...
    Xkan nak hidup sorang2 sampai tua...
    Huhuhu x sanggup...
    Kalau dah tertulis itu perjalanan hidup... kenalah redha...
    Allah xkan duga hambanya diluar kemampuan hamba tersebut...
    Semoga kita tabah melalui ujian Allah...

    BalasPadam
  4. pernah rasa sebegitu jugak...bukan sahaja takut bercerai,malah lagi takut dimadukan!! :-D

    BalasPadam
  5. Bukan senang untuk membuat pilihan dalam hidup.

    BalasPadam
  6. setiap minit dlm hidup ni sentiasa berdepan dgn risiko & kemungkinan yg kita tak tahu.. kalau takut, jgn kan kawen, hidup pun tak boleh. Jgn jd kan alasan taknak kawen sbb takut cerai, tak semua org yg kawen tu bercerai hidup. ambil contoh yg baik utk jd kan peransang
    CAPTION PADA GAMBAR FB SEORANG ANAK MAK

    BalasPadam
  7. kawen tu bukan ke pelengkap iman? :D

    BalasPadam
  8. dulu2 pernah jugak terfikir macam tu ..hik2 tapi tu lepas putus cinta , takut jadi mcm putus cinta tapi skang dah sedar ..semua ada risiko yg pasti pilihlah pasangan yg betul2 tahu apa itu tggungjawab dan saling bertolak ansur n berkongsi rasa ...

    BalasPadam
  9. benda tu kan ke kerja yang atas tu =)
    kita tak boleh nak buat apa , kalau taknak kawen sbb takut mengecewakan , actually banyak lagi benda mengecewakan kan =)

    so live your live ,enjoy

    *and ini jugak masanya kita ingat padaNya =)

    BalasPadam
  10. loo gitu ke ceritanya.. takut tu pun sebenarnya dugaan untuk kita hilangkan perasaan takut dan cuba untuk berani.. takut untuk kawin sbb x cuba lagi, kang timbul pula takut untuk tak kawin jer...

    BalasPadam
  11. hmm....cerai tu dugaan. Berapa peratus je orang kawen cerai.. tak semua kan. Semua benda ada risikonya. Jangan jadikan ia sebagai penghalang.

    BalasPadam