Pendidikan bermula dari rumah … kan ?

by - Isnin, Oktober 31, 2011

 

Yer , aku takde anak lagi … dan mungkin akan kata aku takde pengalaman .. Tapi kita kembali fikirkan masalah sosial sekarang ..

 

Pujuk anak…. Ada antara kita tak suka pujuk atau manjakan anak atas alasan jika dipujuk makin menjadi perangainya .. Benarkah ?  Ok , itu hak masing masing ..

 

Apa yang aku nampak dan pelajari ialah , segalanya bermula dari rumah untuk membentuk anak anak atau keluarga.. Bayangkan aku yang mendidik anak dengan ala ala penuh disiplin seperti tentera .. Anak aku tu punya perasaan sebagaimana aku .. Mereka tak memahami apa apa pun walaupun kita terangkan .. Ini mungkin mereka masih belum dapat tangkap apa yang ibu bapa terapkan . Tapi patutkah itu berlaku ?

 

Mereka menyimpan dalam hati.. Ingat apa yang ibu bapa mereka buat.. Bukan dendam tapi satu ‘kenangan’ .. Kenangan itu dibawa hingga besar.. Bila sampai masa ibu bapa itu pula dijaga , apakah anak anak itu akan memanjakan mereka atau melakukan sebagaimana mereka ‘didik’ dulu ???  Hanya mereka mampu menjawab.

 

Aku ? Aku bukan nak tunjuk bagus atau pandai .. tapi aku anggap bakal anak aku itu , aku sendiri.. Satu cabaran bukan ? Kalau satu mungkin boleh, tapi kalau 3,4 ?? Bagaimana ?

 

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya di syurga terdapat kedudukan yang tidak dapat dicapai kecuali tiga golongan manusia iaitu imam yang adil, orang yang menjaga silaturahim dan ibubapa yang sabar mengasuh anak-anak.” Ali bin Abi Thalib bertanya, “Apa yang dimaksudkan dengan ibubapa yang sabar mengasuh anak-anak?” Rasulullah S.A.W menjawab, “ Iaitu ibubapa yang tidak menyebut-nyebut pengorbanan yang telah diberikan kepada anak-anak.” (HR Ad-Dailami dari Abu Hurairah r.a)

 

Benar , mudah untuk berkata dari melakukannya .. Tapi bagi aku , cukuplah anak anak kita tu ditinggalkan seharian di rumah pengasuh dan bila malam mereka nak bermanja , kita pula marah marah mereka … Terlupakah kita rajuk mereka itu cuma ingin bermanja ? Kita juga merajuk kan ?

 

Ok.. aku taknak cakap pandai.. Apa kata baca sendiri dan hayati kata-kata mereka.. Aku belum bergelar bapa tapi aku ingin jadi bapa yang disayangi anak-anaknya , sewaktu mereka kecil dan dewasa kelak. Doakan aku dan wife …

 

Mungkin anda berminat untuk membaca Sabarlah duhai ibu, didiklah diriku dan Hari ni hari ayah dan bonda.. Esok hari saya pula yer. .. Korang mungkin tak sependapat aku tapi sama sama kita kembali fikir memandangkan zaman ini semakin mencabar keimanan kita dan juga anak anak kita .. Hanya kasih sayang keluarga saja mampu menjadi perisai terhadap segala ancaman.

 

Wallahualam.. Sekadar pendapat berdasarkan pengalaman seorang anak.

You May Also Like

11 comments

  1. tip yang sentiasa terpahat dalam hati...

    always listen to your child.... always....

    BalasPadam
  2. kadang-kadang dalam bertegas, ibu bapa lupa terhadap kasih sayang.
    kadang-kadang dalam menyayangi, ibu bapa lalai terhadap ketegasan.

    seorang anak akan menghormati ibu bapa yang dapat mendidik mereka menjadi insan berguna tanpa/sedikit kekasaran dan keganasan. mereka juga punya perasaan.

    BalasPadam
  3. tapi kenapa tgk remaja or anak2 skrg sgt manja..berbeza dgn zmn dulu..adkah perubahan zmn akan menyebabkan cara didikan terhadap anak menyebabkan anak2 smkin manja?

    BalasPadam
  4. melentur buluh biarlah dari rebungnya
    tapi haruslah kena caranya..

    oh ya bro, lupa lak nak bg tahu.. hari ni saya ada buat entry pasal "blogger famous berlagak sombong"
    mintak jemput baca..hehe.

    BalasPadam
  5. setuju sangat.. semuanya bermula dari rumah.. dari anak2 kecik lagi.. saya pun xder pengalaman tapi melihat kami adik beradik di asuh oleh mak dan ayah itulah pengalaman berharga.. Alhamdulillah kerna asuhan yg betul itulah, kami semua tahu baik dan buruk.. menjaga maruah keluarga dan diri sendiri.. yang pntng tegas tetapi ada kasih sayang..

    BalasPadam
  6. memang mencabar nak membesarkan anak ni.. anak sy walaupun baru 3 tahun.. tapi petah berkata-kata mengalahkkan kami yg dewasa.. mmg x boleh tersilap ckp atau perbuatan cpt jer nak ditirunya...

    BalasPadam
  7. Setuju bahawa pendidikan bermula dari rumah. Dimana ibu bapa perlu membiasakan anak2 dengan hal2 yang baik di samping menanamkan iman di jiwa mereka. InsyaAllah, mereka akan membesar menjadi anak2 yang baik. Ibubapa juga akan mendapat pahala di atas kebaikan yang anak2 mereka lakukan.

    Wallahua’lam.

    BalasPadam
  8. baru semalam buat entri pasal parental guide

    sebab ape?
    sebab terkejut sgt budak 4 taon sebelah rumah ni bertengking dengan mak nya

    sebab maknya selalu bergaduh dengan suaminya

    hurmm.. sedih melihat cm tu..segala apa yg ditonjolkan kepada anak dirumah sgt penting..emm3

    BalasPadam
  9. sebagai ibu bapa, kadang2 kita 'khilaf' dalam membesarkan & mendidik anak2. Ada masanya kita ingat dengan marah & pukul dia, anak2 akan faham & dengar ckp kita. Tapi kita lupa, anak2 sebenarnya lebih perlukan 'kasih sayang & perhatian' kita. Untuk ibu bapa yang bekerja, lagi berat cabarannya. Saya sendiri pun selalu khilaf...syukur Allah berikan saya 'peringatan'..(nak share sini)

    http://ibuaqifatheart.blogspot.com/2011/10/bersabarlah.html

    BalasPadam
  10. memang didikan bermula dari rumah...tapi sangat hairan nape budak2 zaman skrg perangai lain macam sgt....adakah berkait dgn makanan dan sumber pendapat yg tak betol...????

    http://izyanty.blogspot.com/2011/10/review-veil-nikah-batch-1.html

    BalasPadam
  11. terima kasih 4 info..
    im presenting this topic next week ..

    BalasPadam