Cerita di sebalik pelancaran PILIH KASIH 3

by - Selasa, Oktober 11, 2011

 

Mula-mula aku nak ucapkan terima kasih pada bro JAI atas kesudian menjemput aku dan juga rakan rakan blogger yang lain ( SINI ).. Satu event yang sangat happening walaupun bukan bertaraf 5 bintang tapi sangat memuaskan hati para hadirin terutama bloggers. Dilayan sama rata dengan media  yang lain.

Selepas lunch bersama wife semalam , aku dan Ujang gerak ke Holiday Villa sejurus menunaikan solat Zohor di Masjid Putra. Aku mmg suka pergi awal sebab tak kalut dan berebut dengan hadirin yang lain nanti.

Sampai kat hotel tu dalam kul 2 petang . Ikut jadual , pukul 3 baru mula. Ok la.. tengok sana sini dulu. Tengok Rosyam Nor yang mundar mandir dengan pikiran yang penuh. Tapi orangnya sangat simple. Tak kenal , maka orang kata dia sombong. Kalau dah kenal , tak larat nak layak borak tapi pastinya , kalau tak tahan gurau maka janganlah bergurau dengannya. Pasti pedih telinga.. Hahahaha..

 

DSC_0071

DSC_0136

Kemudian bro Jejai sampai bersama geng yang lain. Bersama aku dalam gambar diatas ialah En.Suhaimy Abdul Rahman , Buss. Dev. Director Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Orangnya sangat sempoi dan peramah . Katanya , kemungkinan Suhan Movies nak gunakan medium blog untuk pasaran produk Suhan akan datang.. Bagus gak kan ? Hehe..

Tak lama kemudian , bermula sesi pelancaran yang mana wakil dari TM dan RTM turut hadir dan memberikan sepatah dua kata. Wakil blogger ? Nehhhh... hahaha..

DSC_0112

Sidang akhbar pastu .. Hehehe ... Tak nampak pulak blogger g join sidang akhbar tapi pakat beratur amik makanan.. hahahah.. Yelah , nak tanya apa kan ? Blogger ni bukan wartawan. Mereka akan cerita selepas terjadi dan bukannya sebelum . Untuk pelancaran Pilih Kasih nih , semua dah terjawab dengan Siaran Akhbar yang dibekalkan tu..

DSC_0116

Selesai sidang akhbar maka , sidang bergambar pulak.. Hahaha.. Tu boleh tengok kat sini ..

Selesai ... Aku tengok rakan-rakan blogger semua happy je.. Lebih lebih lagi bila dapat bergambar dengan Erra dan Umie Aida .. Tak ketinggalan juga bergambar dengan bekas bekas peserta PILIH KASIH yang telah selesai shooting drama INSPIRASI VARSITI .. Sebuah drama musikal gitu ! Hehehe.. Bakal ditayangkan di TV1 nanti..

DSC_0159

Apa yang pasti , Rosyam Nor berjaya didik mereka menjadi pelakon yang merendah diri , sama sepertinya ! Harapnya disiplin mereka berkekalan dan jangan lupa akhirat.. Hehe ..

DSC_0160Aku sempat buat muka Mickey Mouse dikala mereka sedang .. ehem.. Hahaha.. Yana , jangan risau .. Suami anda tak miang !

Dan sempat bergambar penutup bersama .... sbb memang minat lakonan dia sejak Soalnya Siapa .. ke Soalnya Hati ? Erk... Lama dah.. Heheh..

DSC_0147 

Lalalalala.... Tamat cerita Pilih Kasih.. Terima kasih Suhan Movie.

You May Also Like

11 comments