Kesian la pulak kat Pian Cecupak

by - Selasa, Oktober 18, 2011

 

image

Mereka boleh berkata apa sahaja kerana itu hak mereka. Tetapi saya terkilan dan kecewa dengan apa  yang berlaku. Ia membuatkan saya tertekan sehingga menjejaskan kesihatan. Terus-terang saya katakan, selepas Aida menuduh saya syok sendiri dan mahukan publisiti murahan, saya tidak boleh tidur dan hilang selera makan kerana tidak mampu berfikir dengan baik. Bahkan, saya juga berasa sangat sedih kerana saya dan keluarga Aida memang rapat,” ulas Pian apabila diminta mengulas tentang dakwaan model sambilan, Aida Hazira Ahmad Razman yang mengatakan Pian syok sendiri apabila ingin berkahwin dengannya.

Jelas Pian lagi, dia juga telah memohon maaf kepada keluarga Aida setelah bapa tiri model sambilan itu, Datuk Mohd Rozi Md Jamil menuntutnya berbuat demikian. Jelas Pian, dia tidak mahu mengeruhkan keadaan dan atas sebab itulah dia tidak punya masalah untuk memohon maaf.

“Situasi yang sebenar hanya saya dan Aida yang tahu. Kami sudah lama berkenalan iaitu kira-kira lima tahun lalu. Namun, dalam tempoh itu kami pernah terputus hubungan selama dua tahun kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Namun, baru-baru ini Aida menghubungi saya semula dan kami bertemu di majlis perkahwinan rakan kami yang diadakan di Restoran Seri Melayu.

Hubungan saya dan Aida tidak ada masalah sehinggalah timbul isu perkahwinan ini. Tidak dinafikan saya mempunyai perasaan terhadap dia. Walaupun kami tidak pernah berbincang tentang status hubungan kami, tetapi saya dapat rasa ada sesuatu di antara kami. Apabila Aida kata saya syok sendiri dan cuba cari publisiti murahan, saya memang tidak boleh terima. Saya tidak tidak perlukan cerita-cerita begini untuk menaikkan nama saya. Walau apa pun, saya tabah dengan dugaan ini dan saya ucapkan terima kasih banyak kepada keluarga dan rakan-rakan yang memberi sokongan,” ujar Pian lagi.

Buang kolagen untuk buat umrah

Sementara itu, Pian juga berkongsi cerita tentang keputusannya membuang kolagen di wajah setelah beberapa tahun menggunakannya. Jelas pelawak ini keputusan itu dibuat setelah dia berhajat untuk menunaikan umrah.

“Selepas berhajat untuk buat umrah, saya ada berjumpa dengan seorang ustaz dan dia ada berpesan supaya saya membuang mana yang boleh. Setelah berfikir semasak-masaknya, saya nekad membuang semua kolagen di muka. Setakat ini saya sudah buat lima kali suntikan untuk keluarkan kolagen ini dan Insyaallah suntikan kali keenam nanti, semuanya dapat dikeluarkan.

Proses keluarkan kolagen ini memang sakit sebab terasa sampai ke tulang hidung, tetapi saya tidak kisah kerana saya mahukan bentuk wajah yang asal. Selain itu, saya buat ini untuk anak-anak saya juga. Mereka sudah makin membesar dan saya tidak mahu mereka berasa malu dengan penampilan ayah mereka,” luah Pian.

-GUA

You May Also Like

25 comments

  1. macam2 hall..
    kahwin pown nak jadik isu.. siap nak besar2 kan..

    BalasPadam
  2. buang yang keruh amik la yang jernih...semoga umrah nya sempurna nanti ye...:)

    BalasPadam
  3. manusia melakukan kesilapan..hopefully dia menjadi salah seorang lagi yg mdpt hidayah dari Allah..amin..

    BalasPadam
  4. erm..sy pun ada baca kisah dia start dr mula dia guna kologen..kesian mmg kesian..tp cara tu salah..semoga dia tabah dgn dugaan yg diterima..

    BalasPadam
  5. kolagen buh kat muka ? boleh ke ? err macam2 . ni baru tahu . Alhamdulillah dia buat keputusan nak buang . Allah buka pintu hati . Syukur .

    BalasPadam
  6. mudah2 dengan niat yang murni pian membawa keberkatan....amiiiiiiiiiinnnn

    BalasPadam
  7. sebab tu dalam Islam benda-benda macam ni tak boleh dihebahkan. tunang pun tak digalakkan untuk dihebahkan. kalau memang dah konfirm nak kahwin, boleh la buat majlis. tapi tak perlu lah nak buat isu segala.

    BalasPadam
  8. sedih lagi time dia sentuh bab rindu anak anak tu

    BalasPadam
  9. hafizal.
    kalau betul.. memang kesian kan..

    BalasPadam
  10. itulah dia... mungkin sbb pian tidak berharta atau hebat, dia diperkotak katikkan sebegitu rupa

    BalasPadam
  11. kolegen buh kat muka bleh ke? susuk penah arr dengar hu3

    BalasPadam
  12. assalamualaikum En.Ben...macam2 isu skg ini kn...:)

    BalasPadam
  13. pian2..kesian kau..syok sendiri eh..

    BalasPadam
  14. at least kalau tanak, jgnlah cakap si pian syok sendiri. terus teranglah, cakap kami hanya kawan biasa ke tu dah ok. hmmm, kesian pulak tapi tulah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.

    BalasPadam
  15. Sabar Pian, semoga semuanya kembali baik seperti sediakala.

    BalasPadam
  16. Tabik kat Pian...bukan senang org nak minta maaf wooo...

    BalasPadam
  17. Cian....smp nye hati,lau xske ckp jela..jgn ckp dia siok ssorg...
    pape pon sabar je la...

    BalasPadam
  18. sabar...mungkin hanya ujian kecil dari Allah

    BalasPadam
  19. pasal kes model tuh,hope pian lebih berhati-hati.focus anak-anak jew.de jodoh,de la.

    allhamdullilah,elok la dia buang kolagen tuh,biar la asli untuk jumpa Allah swt.takut masa awal-awal perubahan dia.~

    BalasPadam
  20. tak habis2 si pian ni..sedar2 la diri sikit.

    BalasPadam