Rumah mampu beli di Putrajaya

by - Isnin, Oktober 03, 2011

 

image PR1MA : Program Perumahan Rakyat 1Malaysia

PR1MA @ 11 Putrajaya

Tujuan pelaksanaan PR1MA adalah untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman

Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan perumahan segolongan besar rakyat, Kerajaan mengambil langkah melaksanakan PR1MA bagi menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan.

image

image

image

image

 

Amacam ? Menarik ? Nak tau apa syaratnya untuk memohon ?

SYARAT-SYARAT WAJIB SEBELUM MEMOHON

  1. Warganegara Malaysia.
  2. 21 Tahun Ke atas.
  3. Bekerja ATAU Menetap di Putrajaya.
  4. Pendapatan Isi Rumah (Bujang / Suami dan Isteri) tidak melebihi RM6,000.
  5. Pengundi Berdaftar di Parlimen Putrajaya (P.125)

Sila ambil perhatian, mana-mana permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas TIDAK AKAN DIPROSES sama sekali!

 

Kalau rasa-rasa layak , sila la mohon sekarang .. Klik SINI . Atau nak mengetahui dengan lebih lanjut , sila layari http://www.pmo.gov.my/.

You May Also Like

8 comments

  1. malangnya Lia tak layak...pun sedang mencari rumah ni..

    BalasPadam
  2. saya pun tak layak. sebab saya keje di perak.

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  3. kt area bandar baru bangi @ kajang xde ke A.Ben rumah mampu beli ni?

    BalasPadam
  4. rumah kondo cm nie slalunya pembeli dh habis bayar akan jual blik@ pun sewakan..

    BalasPadam
  5. syarat yg nombor 5 tu yg susahnya... kena tukar mengundi kat putrajayalah pulak!

    BalasPadam
  6. kalau had gaji diturunkan kepada rm3000 sbulan maybe peluang terhadap mereka yang berpendapatan rendah amat luas memandangkan bilangan unit yang ditawarkan hanya 560 unit kalo hendak dibandingkan dengan bilangan penduduk di putrajaya dan kawasan sekitarnya.

    BalasPadam
  7. xlayak sebab syarat ke-5 tu..rumitnye wt syrt gitu..pengundi berdaftr di Perak walaupun bekerja di Putrajaya

    BalasPadam
  8. Alamak..tak layak la Bro Ben..Jamal duduk area Bangi..

    BalasPadam