Ikon sukan paling berjaya di Malaysia

by - Isnin, Disember 05, 2011

 

image

"Nicol juga patut dijadikan contoh ikutan, beliau adalah ikon sukan yang paling berjaya dalam sejarah negara kita," kata Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Razak.

 

Latar Belakang Nicol Ann David

 

Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India yang pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri. Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan Cheryl, yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan. Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah; beliau pernah bercita-cita menjadi jurutera. Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang.] Beliau beragama Kristian (Katolik Roma).

 

Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

 

Nicol David mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun, kemudian menerima bimbingan jurulatih sejak usia lapan tahun. Ketika berlatih di Pusat Skuasy Bukit Dumbar, bakat Nicol ditemui oleh Ee Phoeh Hoon, yang kemudiannya memujuk pemudi ini supaya mewakili negeri asalnya, Pulau Pinang, bersama adik-beradiknya. Kerjaya skuasy Nicol bermula pada tahun 1992, apabila beliau menggondol pingat perak dalam kategori Bawah-14 Kejohanan Junior Negeri Pulau Pinang. Juga pada tahun 1992, beliau mendapat kemenangan sulungnya di peringkat kebangsaan di Kejohanan Antara Negeri Junior Kebangsaan Milo-Dunlop Sport, di mana beliau mendapat pingat perak dalam kategori Bawah-16. Pada tahun 1994, Nicol dipilih untuk menyertai pasukan skuasy negeri Pulau Pinang untuk temasya Sukan Malaysia, apabila beliau membantu skuad negeri menggondol pingat emas dalam acara pasukan, walaupun jatuh sakit ketika itu. Pada tahun yang sama, beliau meraih dua gelaran antarabangsa pertamanya, iaitu Hong Kong Bawah-13 dan Terbuka Junior Scotland Bawah-12.

 

Semoga kecemerlangan beliau dapat memberi inspirasi buat anak anak muda di negara kita ..

 

Sumber : Wikipedia

You May Also Like

6 comments

  1. tahniah nicol david...pegang rekod duniaa..dan sekaligus jadi lagenda squash dunia

    BalasPadam
  2. antara yang terbaikkk.. dan paling cemerlang...

    BalasPadam
  3. nicol david memang hebat....patut dijadikan ikon negara

    BalasPadam
  4. Stu kampung dgn sy ni.. hehehe :P

    BalasPadam
  5. she is wonder women. mmg layak utk anugerah tu. bijak, dan prestasi sgt cemerlang. xde pulak gossip2 peribadi yg melanda. mmg patut jd idol utk remaja2 luar sana. n she is so humble. murah dgn senyuman.

    BalasPadam