Sperma , ovum dan sistem pendidikan ..

by - Jumaat, Disember 23, 2011

 

Semasa proses persenyawaan ini, lebih kurang 100 sperma cuba untuk menembusi dinding ovum, walaubagaimanapun cuma satu saja yang akan berjaya memasukinya. “

 

Sewaktu kali pertama UPSR diperkenalkan , aku antara calon-calon yang mengambil peperiksaan tersebut .. Kira batch pertama selepas ujian penilaian darjah 5 dimansuhkan ..

Risau gak weh.. Aku nak masuk sekolah sukan yang popular waktu tu , Sek Men. Jalan Cochrane yang mana telah melahirkan ramai jaguh jaguh sukan terutama dalam bolasepak.

Persaingan terbuka. Satu ujian dibuat. Bukan berdasarkan peperiksaan tetapi ujian pemilihan pemain berbakat dibuat di sebuah sekolah .

Best part neh , mana mana parents yang kenal dengan jurulatih atau penilai , confirm dapat ! Datang dan bersalaman serta berbual mesra.. Anak dia main ? Adoii … Sedih siut .. Seawal usia muda aku dah kenal politik !

Bila aku masuk kerja di sektor awam sebagai kakitangan kontrak bersama ramai lagi lepasan ipt yang mana mereka punya pencapaian cemerlang di sekolah mahupun ipt , ada antara mereka tak mampu berdaya saing sedangkan dalam kelas , mereka terbaik ! Kenapa ? Apakah faktor kerana tiada pengalaman ?

Teringat lagi aku masa belajar , kalau nak lulus .. kena baik dengan pensyarah .. Belajar la bagus camana pun , kalau tak ngam dengan lecturer , susah mau hidup ! Kat sekolah mahupun di IPT .. Belajar berpolitik dan kipas lipas dah mula diterapkan.

Dan ini lebih ketara lagi kelihatan bila aku menjadi guru sandaran .. Format peperiksaan dan markah .. Hehehe.. Hanya mereka yang bergelar guru saja tau apa cerita disebaliknya .. Politik lagi ..

Jadi aku tertanya tanya la .. Apa  yang akan jadi pada anak cucu aku satu hari nanti ? Jika mereka bernasib baik bergelar pelajar pandai ( bukan pintar) ,apakah mampu berdaya saing dengan pelajar lain memandangkan faktor politik memainkan peranan dalam lulus atau gagalnya pelajar ?

Sama juga bila mencari kerja.. Bila pihak syarikat membuat ujian , mampukah mereka menjawabnya memandangkan yang akan memeriksa jawapan mereka itu bukan pensyarah kesayangan mereka ?

Mudah untuk LULUS di negara kita ni dan tak susah untuk GAGAL juga.

Tahniah buat pelajar pelajar yang berjaya dlm PMR baru-baru ini .Semoga kejayaan ini mendorang anda lebih berjaya pada masa akan datang .Buktikan anda bukan mangsa politik !

 

Sekadar persoalan di minda.

You May Also Like

7 comments

  1. urghh . tuu yg susa ouh . bile wujudnye sistem POLITIK ni. kena pandai2 la nk idop . huhu .
    Kena pandai mengipas jugak -,-

    BalasPadam
  2. : lepas kena pakai kipas lektrik..leh kipas laju2 tanpa lenguh jari jemari..

    ^_^

    BalasPadam
  3. Zaman sekarang semua pakai KABEL...
    Yg x da kabel... macam mana???
    Nak hidup... mahu x mahu kena usaha jgak...
    lumrah hidup zaman sekarang...
    Hmmmmmmm...

    BalasPadam
  4. setuju. siapa aling laju kipas, paling senang dapat. mcm my dad sendiri mengaku, nak dapat projek, bukan jumlah harga yang ditawarkan dalam tender tuh yang jadi ukuran, but, berapa banyak harga kau sanggup lobi yg penting! politik. rasuah. bergerak seiringan.

    BalasPadam
  5. bila politik jadi tunjang dalam kehidupan, semua benda nak dipolitikkan. orang dah x pikir soal kelulusan, yg penting kabel kena kuat. kalau guna wireless pon kena yg full bar. haish...! donia2.. :(

    BalasPadam
  6. cakap pasal politk..mana-mana pun ada politik..kita semua memang xboleh nak lari dari politik..tapi kalau politik itu disalahgunakan inilah yang jadi sekarang..benda yang salah akan di ia kan saje..orang kata tutup mata sebelah pun xper..haisshhh..

    BalasPadam