Filem cuma satu seni. Lukisan budak darjah 1 pun seni juga .

by - Sabtu, Disember 24, 2011

 

Aku bicarakan mengenai filem di negara kita .. Kalau Allayarham Tan Sri P.Ramlee atau arwah Yasmin Ahmad , pasti mereka akan terus mewarnai dunia perfileman negara yang semakin ketandusan idea akibat mengejar status box-office dan sejarah kutipan filem..

Tempoh hari , ada aku buat beberapa entri mengenai seorang cerdik pandai dalam bidang perfileman negara yang mengeluarkan pendapat bahawa pembikin filem adalah jujur dalam karya mereka , lebih jujur dari ahli politik . Aku hanya mampu senyum saja .. ( Rujuk SINI ) .

Bagi aku , zaman ini hanya beberapa pembikin filem saja yang benar-benar jujur dalam karya mereka.. Jumlah mereka amatlah kecil. Kalau filem pendek tu , mungkin ramai malangnya , filem pendek tak mendapat tempat sangat di negara kita .

Bila nak berbalah bab seni ni dengan mereka ( pembikin filem ) pastinya sukar kerana masing masing punya pendapat tersendiri. dan pastinya mereka lebih bersedia dengan jawapan memandangkan pengalaman mereka berdepan dengan wartawan. Maka , bagi aku seperti begini saja ..

Setiap kehidupan kita ini adalah seni .Manusia adalah hasil seni ciptaan ALLAH yg tiada langsung persamaan antara satu sama lain walaupun diklonkan ! Filem juga adalah seni ( seperti juga blog walaupun ada yang copy paste entri saja entrinya) , begitu juga lukisan budak darjah 1 yang melukis mengikut imaginasinya dan gurunya tidak layak langsung memberi markah terhadap seninya itu !

Dan tidak lupa juga , filem juga adalah seni perniagaan masakini. Tiada apa yang nak dibanggakan langsung. Kita boleh lihat filem dari pelbagai sudut tapi jangan sesekali ketepikan dari sudut agama !

Ada kawan pernah tanya aku , kenapa aku tak berminat nak jadi pelakon .. Maka jawapan aku , " Watak aku yg diberikan Allah ni pon dah banyak dosa .. ni kan pulak nak lakonkan watak yg lain ..".

 

Ben : Sekadar pendapat seorang amatur yang dahagakan filem yang cukup bermutu untuk ditonton dan dibanggakan.

You May Also Like

4 comments

  1. Secara jujur, saya jarang tengok film Melayu, bukan kerana sombong, tapi.....(tak mau tulis, takut dianggap menghina film anak bangsa sendiri)

    Tajuk entri terbaru di blog JR: "Ngeri Dan Dahsyat: Doktor Jumpa Biji Mata Di Dalam Kemaluan Wanita"

    BalasPadam
  2. suka ayat second last tuuu ... ! watak ini pun dh byk dosa .. nauzubillah ~~~

    BalasPadam
  3. ayat second last , tak pernah dengar.. & sangat menyentuh :) kannn,watak di dunia pun dah byk dosa. haishh ..

    BalasPadam
  4. btl tu.. wtk dunia ni pn da bnyk dosa... inikan pula nak berlakon di kaca tv atau layar putih... lg bertimpa-timpa dosa...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2011/12/gentleman-atau-kuli.html

    BalasPadam