Tidur nyenyak dengan FUJIAIRE

by - Isnin, Januari 30, 2012

 

Korang tau tak yang kita hanya boleh tidur nyenyak jika suhu 18°Catau 65°F! Haaa… camana nak dapat suhu begitu dengan cuaca negara kita gini kan? Korang boleh baca mengenainya di sini ..

 

Macam aku yang tinggal di Putrajaya ni, suhu belah malamnya yang paling sejuk pernah aku rekodkan sendiri ialah 28.9 darjah celcius .. Tak tau la kalau ada kurang dari tu .. Ni aku rekod sendiri la ..

 

Maka setiap mlm , aku akan tarik katil aku untuk tidur di bawah kipas syiling .. Nak pasang aircond , belum tiba masanya sebab skang ni aku tinggal di rumah milik kerajaan. Tahun depan baru siap rumah sendiri dan masa tu baru nak pasang aircond .. Jadi bila ada aircond , kena la set ke suhu tersebut (18 darjah Cel )

 

Apa jadi bila tak dapat tidur yang nyenyak ? Pergh.. confirm esoknya mengantuk .. Bayangkan nak g sekolah atau g kerja .. Menguap je la kerjanya .. Nak bagi tumpuan pada pelajaran mahupun kerja , pasti tak boleh punya .. Nak balik rumah pon , rasa malas sangat sbb memikirkan rumah yang panas tu .. Huhu.. Suhu dalam rumah atau pejabat sebenarnya penting buat kita . Ianya memberi kesan secara tidak kita sedari terutama bila membuat keputusan , perbincangan mahupun bila berehat di rumah .. Takpe , takpe .. Aku akan pasang aircond nanti.. Tapinak pilih jenama apa???

 

Korang tau tak pasal Fujiaire ? Aku ternampak TVC mengenainya kat youtube ... Cuba korang layan .. Mesti tertarik punya ..

 

Aku buat penyelidikan serba sedikit mengenai Fujiaire. Jenamanya sudah ada nama di negara kita ni dan juga mampu dimiliki aku .. Hehe … Itu pendapat aku la… hehehe ..

 

Dan kelebihannya lagi adalah waranti selama 3 tahun ( aircond unit dan compressor ) . Biasanya alat pendingin hawa dilindungi waranti selama 1 tahun untuk alat ganti dan juga khidmat selepas jualan. Tetapi jika korang mendaftar di laman web FUJIAIRE , 2 minggu selepas membelinya , korang akan dapat jaminan alat ganti untuk tahun kedua dan ketiga. Menarik kan ?

You May Also Like

6 comments

  1. Menarik! Tapi betul ker suhu 18°C tuh optimum untuk tidur yang nyenyak? Setahu I ler... suhu optimum yang selesa lagi menjimatkan elektrik adalah sekitar 25°C. I jenis yang suka sejuk, dan I dapati 24°C dah lebih daripada cukup untuk tidur yang nyenyak.

    I pon duduk rumah sewa, tapi sebagai persediaan untuk menghadapi musim panas/kemarau tahun nih, I beli portable air-cond jenama Midea 1.5HP. Memang agak bising lah... tapi performance tak mengecewakan dan harganya adalah yang paling murah di dalam kategorinya. Yang penting, boleh bawa bersama kalau nak pindah ke rumah sendiri nanti.

    Pada malam-malam yang dingin kat rumah I, suhu boleh turun hingga 26°C... kekadang kurang lagi. Rumah I punya natural ventilation baik punya! Pada suhu 26°C nih sebenarnya kalau tak berkipas pon boleh tidur dengan selesa...


    Entri-entri basi dari Logokoko:

    [U] Guna telefon tempat kerja

    [U] Jual apa tuh?

    [18SX] Telur EXPOSED!

    BalasPadam
  2. saya tido tak suka kipas..aircond jauh sekali..masa dok serdang memang rasa macam nak tido dalam peti ais..panas sangat..

    tapi bila dok hulu langat ni dah la tak pasang kipas..comforter pun kalau boleh nak tebal macam toto..sejuk..

    tapi tetap tak suka kipas & aircond..perut akan kembung macam baby =P

    BalasPadam
  3. lsgi best brand Fujiyama.lagi tip top

    BalasPadam
  4. Elektrik jimat tak brand ni?
    Biasa pasang aircond elektrik tu mau tak mau je berjln.

    BalasPadam