Rezeki bilik tidur berkunci !

Alhamdulillah.. Raya ke dua 'balik kampung' ! Heehehhe.. bertolak ke Kelantan awal pagi. Sampai petang. Jammed cuma sebelum di tol Bentong dan Kuala Kerai. Lain lain , clear ! Menariknya , aku tak mengantuk sama sekali !
Haaa.. pelik giler ! Tak pernah lagi dalam sejarah aku memandu ke Kelantan , aku tak berhenti tidur langsung !!  Aku nyaris cipta rekod tapi 'tergagal' sebab Kuala Kerai. Kalau tidak , aku cipta rekod peribadi !
Wife pelik tengok aku berjaya memandu tanpa berhenti rehat dan tidur. Dalam kepala dia , aku akan berhenti paling tidak pun , 10 kali sebelum berjaya tiba di Kok Lanas. Apakah rahsia aku ???
Kopi Badang la jawapannya ! Aku minum sebelum bertolak dan sediakan satu bekalan kopi badang sepanjang dalam perjalanan.. Hehehe. Dan ternyata berjayaaaa ! Tapi kesesakan jalan raya di Kuala Kerai pada jam 5 petang ( bertolak jam 9 pagi ) , keletihan mula terpancar di wajah aku. Aku pon dah mula menguap.  Akhirnya berhenti rehat di Machang. Solat dan teruskan perjalanan. 
Sampai umah mertua aku , Maghrib dah. Naik ke bilik. Dan , kunci pagar , mangga , bilik tak tau mana mak mertua aku simpan. Semua dalam rumah tu pakat mencari. Takda jumpa. Aku makin layu! Dan tak larat tahan mata. Aku bagitau wife , aku nak tidur di Hotel Perdana jer. Aku dah tak larat dah. Nak berehat jer tanpa gangguan. Wife setuju. 
Aku amik beg dan kunci kereta. Terus memandu ke Hotel Perdana Kota Baru. Nasib baik laaa ada kawan aku di situ membantu dapatkan bilik. Terima kasih Bird ! Hahahahhaha..  Tidurlah aku semalam di sini. Tapi sebelum nak sampai sini tuuu... perghhhh ! Aku berkali nyaris tertidur sewaktu memandu. Puas tampai diri sendiri.. Hahahaha..
Sampai hotel , lepak ngan Bird jap pastu naik tidur ! Hahahahaah.. Mandi dan terus lenaaaaaaa ! Taka hengat apa apa dahh...  Errr, aku sorang je. Yang lain tidur sana. Boleh ? Hahahahaa... 

4 ulasan:

  1. Uhuhu.. klu sy.. ikut dh.. mn bleh laki je tdo hotel. Hiii

    BalasPadam
  2. mujur ada kopi badang dan yang paling syukur selamat sampai dengan. Selamat berhari raya

    BalasPadam
  3. Syoknya tengok bilik dia, mesti selesa dan tidur nyenyak.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI