Fat bike atau aku yang fat ni ???

by - Jumaat, Februari 16, 2018


Ini Fat Bike yang dibeli di laman web bida , Chilindo. Semalam , aku nak test naik bukit buat pertama kalinya. Sebelum ni dah test drive kat taman perumahan tempat aku membesar. Lepas la gak walaupun kepala lutut mengigil abis ! Ternyata berbasikal kat gym dan luar ni berbeza sama sekali. 

Sebelum ni dah test naik bukit yang terletak berdekatan dengan rumah aku di Sepang. Tapi masa tu , aku kena usung Qhaliff sekali. Memang tak larat laaaa... Ditambah bila tengok bukit dia yang.. fuh , mental tergugat woi ! Koyak abis mental. Hahahaa.. 

Dan pagi Jumaat.. di kala orang lain sibuk nak keluar beraya CNY , aku nak kayuh basikal naik bukit. Berjayakah aku ? 

Dari rumah aku ke jalan besar.. ok la. Berjaya harungi. Kereta tak banyak.. hahaha.. senang la. Tapi bila sampai kaki bukit.. 


Aduhhhh... sayup je bukitnya. Aku cuba gak.. dan terus mencuba. Akhirnya , aku menolak naik je laa. Perghhh... memang giler la Fat Bike ni.. ke aku yang dah mula ada banyak fat ni ? Hahahaha... Buat pengetahuan , Fat Bike ni basikal off road. Kalau jalan raya gini , memang parah la jawabnya. Hahaha... Cam aku , berpeluh tolak basikal sejauh 1km sebelum menuruni bukit kembali. 

Turun bukit, syiok aaaaa.. laju giler ! Pastu naik bukit balik ! Hahahaha.. 



Sejauh 2.4 km aku berbasikal pagi semalam. Memang dekat jer tapi dia punyaa bukit.. perghh. Pastu peluh yang keluar , jangan citer laaa. Memang koyak mental aku ditambah bila ada jalan raya yang dibaiki semalam , kerjanya macam tak ikhlas jerr ! Makin stress aku dibuatnya ! 


Hurmm.... nasib baik Fat Bike leh redah jalan gini. Tapi yang buat aku frust ialah lebihan tar tu.. naper terbiar gitu jer !

Esok.. sekali lagi nak cuba. Kalau tak , aku tukar amik moutain bike je la.. atau beli motor berkuasa tinggi untuk naik bukit ni jer ! Huhhh !!

You May Also Like

7 comments

  1. serius ke bli kat chilindo.
    phew...
    berapa dpt harga bro.
    berkenan plak rasa nk test ride.

    BalasPadam
  2. First time dengar fat bike. ..hihihi. ..

    BalasPadam
  3. Ooo..fat bike ke namanya.. baru tauu

    BalasPadam
  4. Fuhhh best ni. Dulu zaman sekarang sekolah terer kayuh basikal ni, sekarang kalau suruh ke laut dah.

    BalasPadam
  5. macam bijok je fat bike.. minum cinch shake tak sebelum cycling..

    BalasPadam