Gugur sekali lagi di KSL Futsal , Setapak.

by - Ahad, Februari 25, 2018

Lama tak main futsal. Rasanya kali terakhir , tahun lepas. Kali ni aku pergi kerana nak test fitness dan juga kerana sahabat. Heeee... Jauh pun tak pe. Kita pun kena bijak balas budi dan bertolak ansur, kan? Jangan reti nak makan jer... kan kan ? 

Walaupun berat hati , tetap aku gagahi jua. Dah terasa macam banyak je halangan termasuk hujan lebat tapi aku tetap nak pergi juga. Turut bawa Qhaliff untuk elakkan aku mengantuk di dalam perjalanan. Huhuh.. 

Tiba di lokasi.. lewat sejam. Tak leh nak buat apa dah... Dari rumah aku ke Setapak , dengan cuaca serta masa... amik dalam 1 jam setengah. Huhuh... Besar gelanggang KSL ni rupanya.. Ramai yang layan futsal. Aku , takda rasa teruja. Hahahaa.

Kawan kawan dah layan... Aku panaskan badan. Buat regangan sedikit.. Dan masuk. Sepak beberapa kali... mula nak berlari. Ketika ni la aku tumbang sekali lagi ! Aku terasa lutut aku macam tercabut keluar. 

Ya Allah.. dia punya sakit... haihhh... Terus terbayangkan muka Ronaldo ( Brazil ) ketika dia main dengan Inter Milan... selepas sembuh dan masuk ke padang.. tak sampai beberapa minit , lututnya kembali sakit dan dia menjerit kesakitan..Huhhhh... Dulu aku ingat dia pura pura.. sekarang baru tau camana sakitnya ! 

Aku keluar. Nasib baik ada bawak guard untuk lengan. Aku sarungkan ke kepala lutut. Doa agar aku boleh memandu pulang. Qhaliff , leka main handphone. Aku tak tau dia sedar aku sakit ke tak. Hurm..  Pelan B dalam kepala. Kalau aku tak leh memandu , aku kena paksa diri gak... ke Cheras jer Rumah mak. 

Selepas sarungkan guard, terasa lega. Tapi aku perasan , lutut makin membengkak. Aku berehat seketika.. pastu pekena mee goreng dan keow teow goreng sebelum balik. Kasi ada tenaga skit... Dalam kepala aku , dok ligat mencari alasan esok pagi.. Confirm kena bebel ngan wife punya ! Hahahha.. 

Alhamdulillah.. sampai rumah. Qhaliff lena dah. Camana nak angkat dia ni dari kereta masuk ke dalam rumah. Lutut sakit woii ! Aku gagahi jua. Berjaya ! Huhuh.. Bersihkan badan... pastu solat. Hurmm... Tak boleh nak duduk. Kena guna kerusi. Huhuh... 

Pastu tidur... Subuh , wife kejut bangun. Dia tengok aku. Geleng kepala.  Sengih jer aku. 

" Dah namanya bersukan.. gini la.. ". Aku bagitau sebelum dia nak mula membebel. 


Aku rancang nak ke Nilai Hospital pagi nanti. Serius tak tahan sakit. Tapi nak kena tau.. apakah Takaful aku ada cover medical card. Apa apa.. tidur dulu. Nanti je citer. Hahahaa...  Plan B , gi Sonotron jer atau mengurut. 

Dan aku akan amik pelan B. Kalau gi spital , risau kena tahan jer.. Huhuh.. Sonotron... nanti aku citer eh. 

You May Also Like

1 comments