Nasihat ku kepada Dato Seri Aliff Syukri Terlajak Kaya..

by - Selasa, Februari 20, 2018


Aku bukanlah insan yang antikan beliau... Aku takda masalah dengan dia pun. Bagi aku , dia ok jer... sebagai ahli perniagaan. Tapi bila video dia dok viral di Facebook atau Instagram dengan kerapnya , aku tertonton tanpa sengaja...dan dapati dia seolah olah mengundang sendiri orang mengutuknya. 

Ada bijak pandai kata itu strategi marketing dia. Tapi bagi aku , dia mengundang netizen mengutuk , mengkritiknya secara berjemaah. Komen di setiap posting tak kira la mana mana sekali pun page Facebook , ternyata penuh dengan cacian dan muntahan hijau. Aduhhh.. sian ! Strategi mengena tapi turut membuatkan netizen bertambah meluat. 

Nah sekarang... dia berlakon pulak ! Aduhhh.. dia rasa dia ada bakat. Ok la kot.. dia rasa gitu , nak buat camana kan ? Mungkin ada yang tukang kipas dok ampu baik punya dengan memberikan kata kata semangat untuk terus berlakon. Aku tak tau apa dan tak nak tau sebabnya. 

Cuma... jap. Nak pekena LazzCafe secawan. Kasi hilang ngantuk nak taip entri ni. Ngantuk siut ! Hahaha.. 

Ketagihan pulak aku ngan LazzCafe ni ! Huhuhu.. 

Gini je la wahai Dato Seri... Apa kata part berlakon tu , serahkan la pada mereka yang memang cari makan dalam bidang ni. Yang diperlukan ialah penaja atau penerbit yang banyak duit dan tak tau nak buat apa dengan duit mereka. Tu lebih baik dari dok syok sendiri jer. Maaf la. Dato Seri tak berbakat. Kena terima hakikat tu. 

Jangan risau.. kita tengok je contoh pengurus bola sepak kelab kelab ternama dunia.. Ada antara mereka bukanlah pemain terbaik dunia tapi berjaya menguruskan pasukan mereka sehingga menjulang pelbagai piala. Paham tak ni ? Kalau kita tak berbakat dalam lakonan , kita boleh cuba dalam bidang menulis skrip ke... atau mengarah.. atau kasi duit dan biarkan orang lain buat kerja ! Jangan rosakkan nama Dato Seri yang harum tu. 

Akhir kata Dato Seri... cubalah LazzCafe secawan sebelum tidur. Confirm tidur dengan lena.. Jangan risau.. takkan bercawan cawan punya.. Secawan dah cukup ! Semoga berjaya yer... 

#bilanakdapatTanSrilak?

You May Also Like

13 comments

  1. Sempat lagi promot lazz cafe ya..Tapi betul jugak kan.. Rasanya kita dah cukup ramai pelakon2 kat Malaysia ni.. Lebih elok kalau Dato Seri fokus pada biz beliau dan usaha macam mana nak bantu lebih tamai anak muda supaya dpt berjaya jugak dlm bidang perniagaan mcm beliau dan seterusnya mampu jd penyumbang zakat terbesar..

    BalasPadam
  2. Kdg kesian tp tuan badan tahan semuanya. Tp setuju dgn ben. Mungkin dia boleh jadi penerbit hebat yang terbitkan filem hebat. Siapa tahu kan!

    BalasPadam
  3. Berlakon pulak ke dia ni, hadoiiii lah. Tak cukup ke dengan menyanyi ke laut tu!

    BalasPadam
  4. Bukan nak kutuk. Tapi bab berlakon, dia memang syok sendiri.

    BalasPadam
  5. Mungkin dia perlukan perhatian. Entahlah duit byk tak tau nak buat apa kot.

    BalasPadam
  6. antara org berpangkat datuk yang tak terserlah ke-class-an gelarannya,...

    lg prefer datuk Azril V-Asia tu...nampak classs jer walaupun x menonjol kat mana2 socmed.. hhihi

    BalasPadam
  7. tak sempat tengok lagi, tapi tak terasa nak pergi tengok sangat,

    BalasPadam
  8. setuju 100%. Dato dah banyak duit - bagi je lah job lakonan ni kat orang yang betul-betul mencari makan dalam bidang ni, dato buatlah kerja dato sebagai usahawan tu, janganla kacau periuk nasi diaorang, kesian diaorang yang betul-betul mencari makan dengan bakat mereka.. Tak yah lah Dato nak bolot semua profesion hanya disebabkan Dato ingin mengejar glamour..

    BalasPadam
  9. kan...sesekali tengok tu ok..bila dah selalu sangat rasa meluat pun ada..semua dia nak cungkil..menyanyi,berlakon...macam tak sesuai pulak

    BalasPadam
  10. Terlebih sudah...kurang pandai menilai 'nilai' diri sendiri ni.

    BalasPadam
  11. yela kan..kdg2 cara dia yg terlalu "confident" menyebabkan org tak suka dia.kdg kesian jugak tgk org duk kutuk dia...hmmm entahlaaa...

    BalasPadam
  12. duit banyak tak boleh beli pujian

    BalasPadam
  13. Takde lagi niat nak tengok setakat ni😀

    BalasPadam