Selepas 2 sesi di Sonotron Tawakal Bangi.

by - Ahad, Februari 25, 2018

Pada awalnya aku malas nak pergi. Tapi memandangkan aku kena jaga anak Isnin sampai Jumaat dan wife lak ada kerja penting di pejabatnya , maka aku kena segerakan kesembuhan lutut aku tu. Kalau tak , memang pening kepala la. Camana nak uruskan anak kan ? Haa.. sebab tu la kesihatan fizikal dan mental mau kena jaga. 

Ini bukan pertama kali aku nak ke Sonotron Bangi ni. Dah 3 kali ke sana. Aariz dan Zahra kalau batuk berkahak , selsema yang tak reti nak clear , memang ke sini la jawabnya.. selepas jumpa doktor. Haaa... Risau kes Zahra berulang kembali disebabkan batuk tak berhenti .. yakni jangkitan kuman di paru-paru. Maka segala alternatif kena segerakan. Sebab tu bawak gi Sonotron dan Alhamdulillah.. dengan izin Allah , sesuai dengan mereka. 

Dan bila aku baca artikal yang ada di klinik tu , baru aku tau yang asal usul kegunaan Sonotron ni. Sebab tu la aku berani bawa lutut aku ke sana. Huuuu... 

Artikal tahun 1995 

Sebelum pergi , aku buat temujanji terlebih dahulu. Sebabnya.. setiap jam ada pesakit ! Haa.. Aku booking 2 sessi.. 1 sesi , 15 minit. Dan berharga RM35. Jika dua sesi aku cuma perlu bayar RM60. Diskaun gitu. Heee... 

Jam 2 petang , aku punya temujanji. Sebelum ada orang dewasa juga datang. Wah , biasanya kanak kanak dan bayi je jadi pesakit kat sini. Nampaknya orang dewasa pon dah ramai datang. Huhuh..  Nama aku dipanggil. Giliran aku lak..

Baca artikal : Rawatan Sonotron Jika Anak Kecil Selsema dan Berkahak

Jika ada kesan , aku akan datang lagi ! Ni nak try dulu.. huhu.. Bismillah.. Untuk pengetahuan , sememangnya Sonotron ni asalnya untuk atlit sukan yang alami kecederaan otot. Nah sekarang ianya dikomersialkan.  Bagus jugak la kan ? Aku malas nak makan ubat ubatan sangat. 



Setengah jam. Selain lutut , aku mintak dia 'tembak' di pinggang dan siku aku. Nak tengok berkesan ke tak.. gara gara gym la ! Heee..  Rasanya camana ? Hurmm.. korang amik handphone tengah cas.. pastu letak kat perut. Apa rasanya ? Skit je panas kan ? Gitu je laaa rasanya.. 

Selesai... pinggang aku yang sakit ketika baring ni , hilang terus ! Siku aku yang setiap kali turun gym , wajib sapu lotion panas, terasa ok skit.. tu pun sebab buat berapa minit jer. Kalau lama lagi , inshAllah ok... 

Dan lutut aku ? Aku memandu pulang tanpa pakai knee guard yang mana masa datang tu , aku pakai... kalau tak pakai terasa macam nak tercabut lutut ! 


Sampai di rumah.. aku tidur jap.. Kasi rehat selepas buat rawatan. Malam , sebelum keluar gi Tesco.. aku cuba bersenam sedikit sedikit.. dan boleh ! Alhamdulillah... cuma bengkak tu masih ada. Takkan terus baik kan ? Gile kot ? Hahahaa.. Aku berjalan di dalam Tesco tanpa guna knee guard ! 

Malam... aku cuba bersila.. yang mana sebelum ni , tak boleh. Memang menjerit aku , dalam percubaan nak melipat kaki !


Tanpa knee guard dah ! Alhamdulillah.. Huhuh... Aku tak paksa korang percaya pon. Tapi sekurangnya , aku cuba dari geleng kepala terus. Heeee...  

Sakit tu masih ada... tapi berkurangan banyak la bagi aku ! 



You May Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah dah semakin baik. Bagusnya sonotron ni, nak bawak jugaklah anak sebab selsema payah betul nak baik.

    BalasPadam
  2. Selama nie dengar orang sebut sonotron, ingat untuk batuk, kahak je. Rupanya sendi macam tu pun boleh

    BalasPadam