Tahniah Me'nate Steak Hub !!

by - Jumaat, Februari 23, 2018

Me'nate.. peminat steak mesti kenal restoran ni kan ? Haa.. buat pengetahuan korang ,  Me'nate Steak Hub telah berjaya meraih dua anugerah melibatkan F&B sejak diambil oleh Syarikat Palace Butcher Resources Sdn.Bhd pada tahun 2015.

Dua anugerah tersebut ialah " Malaysia International Business  Award 2017 - Excellence In Western Steak House " yang dianjurkan oleh Dewa Perniagaan Melayu Selangor pada tahun 2017 manakala anugerah terkini yang diperolehi anjuran Asia Pacific Brands Foundation pada Januari 2018 yang lepas. Anugerah tersebut ialah " The Brandlaureate Best Brand in F&B - Steak House 2017-2018 ".



Menariknya mengenai steak di Me'nate ni ialah kualiti dagingnya yang tinggi tapi harganya jauh lebih murah berbanding dengan restoran yang seangkatan dengannya terutamanya daging Wagyu. Haaa... aku dan rakan rakan berpeluang menikmatinya ketika makan tengahari. Memang terasa laaaa kesedapannya. Dan lagi menariknya kan.. aku tak terasa masin mahupun manis. Memang cukup jeee rasanya ! Haaaa... 

Makan beramai ramai gini , seronok terasa. Haahaha..








Jangan risau ! Bagi mereka yang tak minat daging , Me'nate Steak Hub turut menyediakan menu ikan , udang kara , ayam dan pelbagai makanan ringan yang lain pada harga yang berpatutan.  Dan memang sedap ! 

Di KL , restoran Me'nate Steak Hub terdapat di Setapak , Ampang Jaya , Bandar Baru Bangi dan Shah Alam . Mereka bercadang meluaskan lagi cawangan mereka ke negeri negeri lain ! Terbaik ! Patut dicuba korang. 

Sekali lagi.. tahniah dan semoga berjaya ! Restoran yang patut dicontohi. 

You May Also Like

16 comments

  1. Hmm.. murung aku hari ni tengok gambar daging tu. Macam memanggil-manggil untuk dimakan. Hahaha

    BalasPadam
  2. em..sedapnya.Kalo sempat nak singgah juga menate. nak rasa juga menu menu macamni

    BalasPadam
  3. peminat steak mmg kena try atleast sekali makan situ kan.. hehehe..

    BalasPadam
  4. Dapat jugak merasa yeyy patut la dapat anugerah .. sedap

    BalasPadam
  5. Wau tahniah Me'nate Steak Hub! Memang terbaik

    BalasPadam
  6. tahniah Menate Steak Hub menang award..

    BalasPadam
  7. tak penah try lagi mkn kt sini tp mmg nmpak sedap sangt daging2 tu !

    BalasPadam
  8. Haa, mohon buka cawangan di Penang. Tak sabar nak terjah. 😉

    BalasPadam
  9. terliurnyaaaa lahaiii dah la peminat steak dan daging2 gini huhuuu nak kena try ni

    BalasPadam
  10. Tahniah Me'nate Steak Hub! Memang layak pun terima award. Suapan pertama pun dah boleh rasa kualitinya..

    BalasPadam
  11. Tahniah Me'nate. .!!
    Aduduhhhh kejamnya gambar. Terliur seyhhh nengoknya. Huhuhuu

    BalasPadam
  12. Fuhhh siap dapat anugerah, patutlah semuanya nampak sedap dan menyelerakan.

    BalasPadam
  13. Dah lama juga tak makan steak. Meleleh air liur tengok gambo-gambo tu!

    BalasPadam