Tiba-tiba demam jam 2 pagi !

by - Khamis, Februari 22, 2018

Tengah sedap layan drama Korea, Doctor Stranger.. tiba tiba terdengar suara rengekan Zahra di sebelah. Biasanya kalau gini mesti ada yang tak kena... Terus aku pegang dahi dia. Panas ! Aku masuk bilik. Cari termometer. Jumpa... terus periksa suhu badan Zahra.. 

38.1 ! Huhhh.. nak cecah 39 tuuu... Gi amik ubat demam dalam peti ais. Pastu amik kain , basahkan. Letak kat dahi. 10 minit kemudian . panas dia reda. Terasa lega. Baru dapat nak tidur. Dia lom nak tidur. Dok layan tv... 

Baru nak lena.. tiba-tiba ada orang naik badan aku ! Mata aku tak boleh nak buka. Terasa beban di bahagian perut. Melompat lompat lak pastu ! Aduhh... Apakah aku sedang bermimpi ? Aku bukak mata... Dia sengih ! 


Aduh... kul 3 pagi kot !! Dia dah jaga... Terus nak ajak aku main. Aku tutup mata.. Good nite Aariz! Daddy dah tak larat. Hahahaha... Pastu wife keluar. Keadaan kembali normal. Aku terangkan pada dia mengenai Zahra.  Nasib baik dok layan drama.. kalau tak ?

You May Also Like

7 comments