Aduh, kembung perut pulak !

by - Khamis, Mac 08, 2018


Salah sendiri ! Sapa suruh aku langgar pantang larang yang aku sendiri buat ! Huhuhu.. Apakah ceritanya ? Gini.. semalam , selepas aku workout di gym , aku terasa badan aku macam letih giler babas punya la. Rasa nak demam pun ada.  Badan tak bermaya sungguh. Nak tak nak, aku abiskan dalam masa sejam jer. Biasanya aku boleh ada kat gym tu , 2 jam. Tapi tak larat punya pasal... aku balik awal. 

Di rumah , aku terus cari susu kambing LAZZ. Aku amik yang ada campuran kurma. Niat di hati , lepas minum terus tidur ! Kenyang ke  Kenyang tu kenyang laa.. tapi aku buat silap besar di sini ! 

Apakah kesilapan aku tu ? Aku gi layan tv ! Tengok cerita yang aku tak pernah tengok lagi. Dulu ingat tak best.. sekali best ! Nahhhh.... padan muka aku. Perut menyanyi nyanyi dah.  Aku gi dapur.. nak bancuh susu secawan lagi. Tiba-tiba tangan aku gatal nak bukak periuk . Aduhaii... kurma telur rebus ada lagi. Dan ada pulak ikan bilis goreng pedas ! Arghhhh..  Godaan  sungguh.  

Aku pandang jer telur dalam tu. Ruginya tak makan. Camana eh ? Hurm.. makan skit je la. Buat hilang lapar. Buat pengetahuan korang.. inilah kesilapan paling besar. Sia sia gi gym.. tengah malam makan ! Nah , bilanya nak kurus jika tiada disiplin gini ! 

Niat sepinggan.. memandangkan kuah kurma wife masak tu sedap.. makanya , jadi dua pinggan. Aku pun balun tanpa rasa bersalah... Maka dulu, bersalah kemudian ! Hahahaah....  Selesai makan , automatik rasa penat yang aku rasa sebelum tu hilang ! Lorr.. aku kelaparan rupanya ??? 

Movie abis. Aku tutup tv ... tdo ! Zahra pun tidur. Dia ni , selagi aku tak tidur... dia tak tidur ! Huhu.. aku lak , nak tidur awal.. rasa cam.. boringnyaaaa tidur awal ! Nah... ni satu lagi kesalahan bila menjaga kesihatan. Tidur kena cukup yer. Tak guna gi gym tapi tidur tak cukup.

Jam 5 pagi... perut memulas. Kaw kaw punya memulas. Tahap gaban punya. Bukan sekadar memulas tapi siap kembung gitu. Aku gi tandas. Nasib baik umah ada air. Umah korang ada air tak ? Huhuh... Sabar yer..  

Alhamdulillah.. lega. Aku pun baring kembali. Pastu memulas lagi ! Adeh... berkejar lagi ke tandas. Kejadian kejar mengejar ni berlangsung sehingga masuk waktu subuh. Aku kepenatan. Letih la gini.. Tiba - tiba aku teringat sesuatu. Dulu aku pernah sakit perut gak.. aku sapu je ngan dia. Terus lega. 

Aku selongkar laci. Jumpa ! Terus aku sapu kat perut aku. Legaaa rasanya. Dapat solat Subuh dengan tenang. Pastu tertidur jap. Nyenyak. 


Bagus Deep Heat Lotion ni. Sayangnya tak dijual di farmasi. Kena beli online kat web Cosmoderm. Selain sapu kat perut aku yang kembung tu , aku sering guna masa di gym. Sapu di pinggang , siku, bahu, betis dan juga otot lengan sebelum mulakan senaman. Cepat sikit terasa regangan tu. Baru syok workout. Dan selepas mandi pun , aku guna gak.. Pastikan badan kering betul betul , baru sapu. InshaAllah lena. Boleh beli kat SINI

Jap eh.. ada selingan... Kalau korang beli produk Cosmoderm , sekarang ni ada contest yang berbaloi. Aku saja kasi tau korang. Kang kata aku tak bagitau lakkk ! Haaaa...


Jom sertai peraduan dr Cosmoderm ni.  Hadiah ada dinyatakan di dlm gmbr..

"Golden Girl Getaway Contest" yang sedang berlangsung sekarang sehingga 31 March 2018.

Cara penyertaan , mudah saja. Ikuti langkah dibawah ni :

1. Buat pembelian produk Cosmoderm Rm50 ke atas di dalam satu resit (termasuk satu produk dari Gentle Series)

2. Snap gambar/video paling kreatif!

3. Post di Facebook dengan caption anda, no. resit pembelian, letak #GentleatGuardian dan TAG 3 kawan baik anda!


Ok... dah abis selingan. Alhamdulillah.. kembung perut tadi dah ok.. Nampak balik 6 packs aku ! Huhhu.. tapi ke jamban , masih lagi berlaku. Aku mintak ubat cirit birit kat wife. Dia baru ni , CB gak...CB tu cirit birit la. Huhuhu...

Lepas makan ubat , sehinggalah jam 9 pagi... aku masih ke tandas. 4-5 kali dah. Ni dah mula rasa cam ok. Dah la hari ni program sampai ke malam. Apakah aku mampu pergi ? Huhuhuh...  Doakan aku kembali segar yer.

You May Also Like

4 comments

  1. get well soon bro

    http://www.hanshanis.com/2018/03/review-filem-kl-special-force.html

    BalasPadam
  2. Seksa wooo kalau kena cirit birit ni, nak makan pun tak lalu.

    BalasPadam