Sony Xperia XZ2, akhirnya tiba di Malaysia - BEN ASHAARI

Sony Xperia XZ2, akhirnya tiba di Malaysia


Dibuka utk pre order mula 23hb Mac 2018 di 11th Street dan tawaran menarik buat pembeli pre order dengan barangan bernilai lebih dr RM1K menanti buat pembeli pre order. Berbaloi woo... Terutama head set tu.. Perghhh.. Mesti berdentum telinga.

Harga?  Ada dua jenis. Boleh tgk kat laman web tu.. Dalam lingkungan RM2999-RM3299. Heee.. Mahal? Kalau nak dibandingkan dengan specnya, memang berbaloi laa.. terutama bab kamera dan kelajuan. Dua size yang berbeza. Kalau tak suka besar, amik je yang size kompak. Tapi yang besar tu , memang gempak dan puashati la sangat ! 

Design? Kali ni Sony Mobile dengan beraninya tampil design yg lain. Sebelum ni , seolah olah nak tunjuk yg hp mereka nipis dan bergaya tapi kali ini , rekaan yang berbeza. Kena cuba pegang sendiri dan rasai. Baru boleh komen. Bagi aku , terus terang aku katakan lebih selesa nak pegang bila berada di tapak tangan. Sebab tu aku kata , kena cuba sendiri dulu. Mungkin lain orang lain rasanya... kan kan ?


Spesifikasi Sony Xperia XZ2 boleh je google. Memang best dan berbaloi. Er, apa? Sony Xperia XZ1 tak best? Ehhh.. Besttt! Walaupun ada beza tp ianya bergantung pd org juga. Ada yang minat gambar mcm di XZ1. Haaa.. Lain orang lain citarasa.

Video.. Slow mo Full HD! Perghhhh.. Yang Sony Xperia XZ1 pun slow mo dah gempak , ni kan pulak Full HD ! Kena cuba amik video dalam hujan nanti. Mesti gempak hasilnya. Yang lain lain.. Nanti aku cerita bila aku dah guna sendiri eh.. Sabau yer..  Kena test drive sendiri.. baru puashati gituu.. kan kan ?

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.