Dengan masalah air agak meruncing di KL dan Selangor , baru baru ni membuatkan ramai penduduk ibukota merancang percutian singkat... keluar dari bandar atau cari tempat yang tiada masalah air ! Hehehe.. pastinya akan ada tercari cari hotel yang dalam bajet mereka serta terdapat tempat tempat menarik berhampiran.
Nah... aku dan keluarga aku memilih The Regency Hotel Kuala Lumpur. Kenapa sini ? Baru baru ni aku ada lihat rakan blogger #KBBA9 membuat review mengenai The Regency KL ni. Tertarik aku nak mencubanya. Wife pun ok jer. Anak anak lak memang dah bising ajak tidur hotel. Citer banyak tarakk..call hotel terus buat tempahan. Dan Alhamdulillah , ada bilik untuk kami sekeluarga.
Dari Sepang nak ke The Regency Hotel KL ni , mengambil masa 50 minit. Perjalanan kebetulan lancar dengan menggunakan Waze. Sejujurnya , aku tak tau kat mana The Regency Hotel KL ni walaupun aku dah dengar berpuluh kali nama hotel ni. Dan tak sangka sama sekali ianya berada di tempat yang biasa aku dan arwah ayah aku pergi... pasar Chow Kit ! Tiba-tiba segala kenangan bersama arwah mengimbas kembali. Al-Fatihah buat ayah ku. Rindu kat arwah.
Dalam jam 12 tengahari , aku sekeluarga tiba dan parking di bahagian bawah. Mudah nak parking. Kalau tak nak parking di bawah, ada tempat parking di Wisma Safuan. Banyak pilihan dan mudah.
Yer.. sebuah hotel lama tetapi terjaga dengan baik dan sedang dalam penambahbaikan. Alhamdulillah , urusan masuk selesai dan mudah. Jika ada masalah dengan bilik, maklumkan dengan segera dan tindakan akan dibuat dengan serta merta. Bagitau pihak pengurusan.. bukannya amik gambar dan upload di media sosial kemudian ajak mengutuk berjemaah ! Tak sihat perangai gitu yer...
Dan bilik aku ada masalah dengan penghawa dingin. Aku maklumkan dan segera ditukarkan ke bilik lain. Aku ok jer. Selagi mana pihak hotel layan dengan baik , aku takda apa nak dikomplenkan. Yelah, aku bukan bayar beribu ringgit pon. Bilik aku tu baru beberapa ratus je semalam. Dan yang penting selesa dan... permandangan luarnya , superb !
Bilik aku... ok la kan ? Bilik air selesa. Ada bathub. TV pon ada banyak pilihan rangkaian.
Dan permandangan di luar.. Alhamdulillah.. cuaca cantik sangat !
Kalau hujan , mesti indah lagi permandangannya.. Ok , apa yang menariknya kalau menginap di The Regency Hotel KL ni . Ahaaa... Terletak di Jalan Raja Alang , dan berhadapan dengan pasar Chow Kit... mudah nak cari tempat makan yang menarik... shopping tak kira masa... dan nak dapatkan pengangkutan awam seperti teksi , LRT untuk ke KLCC , Sogo , Jalan Tunku Abdul Rahman atau sebagainya... mudah sangat ! Nak ke Kg.Baru ? Jalan kaki jer !
Berdepan dengan pasar Chow Kit yang cukup sibuk..
Aktiviti.. ada kolam renang dan bilik mesyuarat yang besar. Aku terlupa nak amik gambar bilik mesyuarat. Sibuk nak mandi kolam dengan anak anak.. heheee...
Bab makanan ? Heheheeee... Diorang memang amik berat bab makanan. Jika yang nak makan tu kanak-kanak , pastinya rasa akan disesuaikan dengan kanak-kanak.... Jika orang tua macam aku , hahahaha... wow ! Tu jer aku leh kata...
Sarapan pagi.. makan tengahari dan malam. Memang menyelerakan sama sekali. Jangan risau soal harga sebab murah je !
Selesai percutian singkat aku sekeluarga 2 hari 1 malam yang santai. Yang penting, semua dapat air dan tak perlu 'tunggu' air. Heeee...
Check out.. Balik Sepang. Best! Pasni tau dah mana nak g bercuti dan shopping utk raya. Heee. Okeh... kalau nak maklumat lebih lanjut mengenai The Regency Hotel Kuala Lumpur ni , boleh layari laman web mereka, The Regency Kuala Lumpur. Buat tempahan terus kat situ pon boleh jer !
Check out.. Balik Sepang. Best! Pasni tau dah mana nak g bercuti dan shopping utk raya. Heee. Okeh... kalau nak maklumat lebih lanjut mengenai The Regency Hotel Kuala Lumpur ni , boleh layari laman web mereka, The Regency Kuala Lumpur. Buat tempahan terus kat situ pon boleh jer !
The Regency Hotel Kuala Lumpur
3, Jalan Raja Alang, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Telephone: +6 03 2262 2000
Email: centralsales@theregencyhotel.my
25 comments
Pernah menginap sini masa kursus time2 keje dulu,memang best sebab semua dekat,tak yah start keta jalan kaki je,gambar view tu wowwww sgt hehhehe...
BalasPadamWahh bestnya...makanan pon nampak sedapp .. Seronok anak2 dpt mandi kolam..
BalasPadamView KLCC tu cantik... sesuai laa utk sapa cari hotel view klcc for short vacay atau bday treat kan..
BalasPadamVavavaa. .. Check in sini bulan puasa syiokkkk ni. Oh bazar Ramadhan Kg Baru, tunggu aku datang!
BalasPadamBesar kolamnya wahhh ! Menu pun nampak sedap tu dh la dekat...nanti nak short vacay sini la ben tq
BalasPadamAda pool & dekat ngan tempat shopping tu yg best tu, anak anak n bapak mandi pool...mak pi shopping hehehe
BalasPadamCantiknya view dia... suka betol dgn hotel yg ada tangga mcm tu.
BalasPadamcantik yer pemandangan dari hotel
BalasPadamBest juga kalau bercuti dan shopping raya kat sini. Good idea.
BalasPadamFuhhh..makanan dia...kecur!
BalasPadamView mmg superb.. Mmg sesuai kalau nk stay dan shopping kt kl.
BalasPadamMenarik tempat ni..
BalasPadamsyoknya.. menarik betul ni. pemandangan pon cantik cantik waktu malam. bolehlah nak hilangkan penat dan stress kat sini kan.. berbaloi lah
BalasPadamok.. pemandangan cunnn... hehehehe
BalasPadamHampir dah nak book hotel masa bekalan air tengah meruncing tempoh hari...btw syok gak Regency ni
BalasPadamCantiknya pemandangannn.paling best dpt mandi kolam lama2 dan kolam tu xramai org
BalasPadamTeringin gak staycation kat sini... dah baca ni lagi berkobar2 nak booking...
BalasPadamgambar kl tu best aaa
BalasPadambestnya..ok boleh masuk list utk spend time ngan family kat sini
BalasPadamcantiknya... kena simpandet nk pi situ ni :D
BalasPadamTeringin. Dah lama tak bercuti ni. Lawanyaaaaa view!
BalasPadamHotel regency adalah salah satu hotel dalam wishlist Lyssa.. insyaAllah akan jejak ke sana juga nanti .. hihi :)
BalasPadamWahhh cantiknya view kat situ, pastu kolam mandi pun best.
BalasPadamCantiknya , selesa dan banyak kemudahan .. Pemandangan cantik
BalasPadamHye😊 Nak tanya berapa deposit semalam?
BalasPadam