Hilang 2 kilo dalam masa seminggu !
Aku gi gym ari tu... saja saja la timbang. Aku ni spesis malas timbang berat badan sebenarnya. Tapi selepas kecederaan lutut ari tu , aku rasa aku dah tau antara sebabnya.. badan berat ! Walaupun aku nampak kurus , tapi berat badan aku ni , aku rasa cam tak sesuai dengan tubuh badan. Bayangkan punya la kacak dan tampak kurus gini rupanya berat dalam 97kg !!!!!!! PErghh... macam badan anak T-Rex !
Gi gym , hari hari tapi badan sama je timbanganya. Apa masalah aku sebenarnya ? Haaa.. akhirnya dah tau dah !!
Masalah aku ialah pemakanan yang tak betul ! Nahhh... aku kena atur semula pemakanan aku. Maka aku mulakan pagi aku dengan susu kambing Lazz asli yang kurang gula tu ! Ni penting !! Di usia 40an , gula kena kawal untuk elak diabetis. Kemudian kena juga kawal kolestrol. Cara terbaik ialah dengan banyakkan bersenam. Ok , aku buat dua dua ni. Aku memang bukan hantu gula. Minuman takda gula pon , aku lagi suka
Sarapan aku , susu kambing Lazz dan dicicah dengan biskut. Fuh , lazat kaauuu ! Beberapa keping je dah cukup. Pastu kenyang dah sampai ke tengahari. Kalau lapar , bedal je buah epal atau buah buahan yang setanding denganya.
Makan tengahari ? Sebelum nak makan tengahari tu.. korang minum secawan lagi susu kambing Lazz ni ! Hehehehe... Kenapa ? Untuk elakkan korang terlalu berselera bila tengok makanan di restoran nanti ! Bila perut dah terisi sedikit , maka nak makan banyak tu takda la sangat, kan ? Kira makan ala ala gitu jer.. Nah , automatik korang dah selamatkan poket dan juga perut korang tu.. kan kan ?
Makan malam pun gitu gak.. Susu kambing Lazz dicicah dengan biskut jer. Itu jer ! Tapi aku sediakan telur rebus sebagai penambah protein memandangkan aku nak pastikan otot otot badan dalam keadaan baik. Begitu juga ayam sebagai sumber protein. Kalau jumpa Nando's atau Kenny Rogers tu, memang aku akan bedal la ayam ayamnya.. Hahahaa..
Dan berhasil. 2 kilo hilang ari tu. Kali terakhir aku gi gym , aku timbang... 95kg. Sekarang aku cuba nak dapatkan 80kg beserta otot sebelum Ramadan. Tamo kurus melidi ! Apakah akan berjaya ? Hehehe... Tungguuuu...
15 comments
Susu kambing Lazz memang sedap dan kenyang!
BalasPadamTapi nina suka LazzCafe. Lagi syiokkkk cecah biskut. Addicted
coffee gitu laaa.... Hehee
berjaya jugak!
BalasPadamMemang nak kena amalkan minum Lazz lepas ni. Nak cuba dapatkan berat yang ideal
BalasPadamWah...menarik ni.. Jeles nya dgn seminggu dh turun 2kg tu...
BalasPadamEn Suami pun sedang berusaha mencapai BMI yang sewajarnya...
BalasPadamterbaik Aben,keep it up! Huda pun nak amalkan susu lazz untuk diet.
BalasPadamBanyak turun tu..
BalasPadamLeh amalkan lepas pantang nanti.. Target bmi sihat lepas ni..insya-Allah
BalasPadamKena ada stok utk bulan puasa nnt
BalasPadam2kilo banyak tu..
BalasPadamSelamat berdiet abang ben!
BalasPadamDiet ni memang makan kena betul² jaga, kalau tak susah nak turun. Manis sangat kena kurangkan, pastu air kosong kena minum ikut berat badan.
BalasPadamalhamdulillah.. moga aben sihat dan fit.
BalasPadamboleh cuba ni. tp malam makan burger boleh lg kan?
BalasPadammaksud sy xde diet makanan kan.. hehe
Minum secawan dulu baru mkn. Maknanya burger tu nanti tak abis la. Sbb kenyang tp pastikan burger tu bukanlah spesis burger yg power dgn fat . Hahahaa.. Agak agak la jugak kan.. Jaga kesihatan.
Padam