Gunakan alat ni jika di pejabat atau memandu lama..
6-8 jam perjalanan ke Kelantan, memang menyeksakan aku walaupun dah biasa. Yelah, kalau dulu.. tak terasa sangat sebab muda belia gitu. Sekarang ni masih muda tapi muda dewasa. Belum capai usia Gegar Vaganza lagi. Heeee..
Dan pastinya yg terseksa ialah pinggang aku haaa.. Ditambah lagi 4 hari berturut sebelum ke Kelantan dan berada di Kelantan, di gym aku 'main' lower back. Fuh, pastu memandu berjam lamanya. Memang seksa laaa.
Tapi itu sebelum sebelum ni la. Sejak aku gunakan 'bengkung' Futuro yg aku beli di farmasi ni, aku gunakan setiap kali lepas workout di kala tidur atau buat kerja kerja blogging yg pastinya memakan masa yg lama.. mampu melenguhkan pinggang aku, tiada la masalah sakit pinggang!
Dan aku cuba guna ketika memandu pulang ke Kelantan. Ternyata memberi kesan positif. Sampai kat kampung, aku tak lagi pengsan terus di atas katil. Atau minta disapukan losyen panas atau minyak urut! Aku boleh gi gym terus malam tu!!! Haaaa.. Bayangkan laaa..
Ada banyak jenama. Pilih je yang sesuai. Lelaki perempuan boleh guna. Masa bersukan seperti berbasikal pon boleh je guna. Jaga pinggang kita woo..
4 comments
dah lama cari bengkung ni tapi tak jumpa yang berkenan di kata. Orang lain dok sibuk promote bengkung sajat nun...
BalasPadammana nak dapat barang baik ni?
BalasPadamHaaa menarik ni, nak belilah pakai kat pejabat. Sebab selalu duduk lama kat kerusi tu rasa lenguh² pinggang.
BalasPadamlamo tak singgah kat blog ben..nie tapi akk selalu pakai bengkung bila nak angkat barang-barang memang helpful lah
BalasPadam