Jika korang aktif bersukan..
Teringat beberapa orang kawan aku sewaktu aku berusia belasan tahun.. Kawan kawan bola gitu. Mereka wakil negeri dan juga negara utk pertandingan antarabangsa, bawah 18 tahun.
Dan kebanyakan mereka pasti akan alami masalah dengan lutut. Aku pelik gak la sehinggalah aku berusia 40 tahun dan alaminya sendiri.. Hurmmmm... Baru tahu betapa sakitnya bila melibatkan lutut dan yg pasti, satu kehilangan!! Tolong jangan sampai bahagian tu rosak yer. Jaga elok elok anggota badan kita.
Dan tadi.. Ternampak di Lazada ada buat jualan murah. Terus aku beli dua pasang. Buat gi gym dan jogging gitu.. Ok gak la harganya. Lama dah cari brand ni..
Yang ada sekarang ni pon dok melasak setiap masa. Yg tu gak buat jenjalan.. Yg tu gak la buat g gym.. Solat.. Huhu.. Ni beli boleh buat eksklusif utk bersukan. Dan harap sampai minggu depan. Nak join larian selamatkan hutan kita gitewwwwww.. Hahahaa.. Jom la join. Bestt woo..
Nasihat aku.. Jika korang kaki futsal, badminton atau sukan yg mmg byk pengerakkan (chess, dam ular takyah), sila la guna yer..
2 comments
Elok jugak beli ni, leh guna masa main boling. Takdelah sakit lutut.
BalasPadamAlahai!!! dah tamat sukan Bekalan Air Se-Malaysia #netball baru terbaca nih!
BalasPadamHurm... nantilah beli