Mencuba rawatan MBH ULTRA SHINE TREATMENT
Ok.. kalau korang rajin baca blog aku dan follow media sosial milik aku , pastinya tahu aku dah mencuba pelbagai produk rawatan rambut yang ditawarkan di MBH HairCare. Jangan risau... harga setiap rawatan ditawarkan mereka adalah mampu bayar.
Kalau belum pernah baca lagi , aku leh syorkan baca dulu di entri Kulit Kepala Bermasalah dan MBH , Bukan Sekadar Rawatan Rambut. Harap lepas baca kedua dua entri ni , korang lebih paham la apa yang aku buat kat MBH HairCare ni , kan ? Hehehehe..
Nah... kali ni aku kembali lagi ke MBH HairCare , Kajang untuk teruskan rawatan rambut. MBH Ultra Shine Treatment nama diberi. Heheehhe...
Untuk apa treatment yang aku amik ni ? Haaaa... meh aku stori mori skit.. Rawatan yang aku amik ni bertujuan untuk merawat shaft yakni bahagian rambut & scalp (kulit kepala) dengan menggunakan teknologi nano mist bagi
memerangkap partikel vitamin rambut menjadi halus & mudah untuk diserap ke dalam helaian keratin
rambut. Rawatan ni mengandungi 6 langkah lengkap. Kesannya ialah :
- Meningkatkan kekuatan ikatan protein
- Membantu memperbaiki struktur rambut dan mengurangkan kekerintingan
- Menjadikan bersinar sekurang-kurangnya 3 bulan
- Melindungi rambut daripada kerosakan akibat cahaya matahari
Dengan menggunakan nano steamer keratin mask dipancarkan masuk ke dalam helaian rambut lapisan shaft dan melakukan aktivitinya bagi menyihatkan dan menjadikan rambut bersinar 3 kali ganda. Rawatan ini boleh dirasai hasilnya sejurus selepas melakukan rawatan. Rambut kekal sihat, tidak kusut lembut & bersinar dalam jangka masa panjang. Kandungan keratin mask terdiri dari pro keratin complex , jojoba oil , Vitamin A, Vitamin C , Pro Vitamin B5.
" Secara saintifik, rambut terdiri daripada “cuticle” yang bersisik. Vitamin rambut mempunyai partikel yang sangat besar untuk menerobos ke dalam lapisan ini. Oleh yang demikian, titisan air berbentuk nano dari mesin Oxynano mampu menyelit ke dalam sisik rambut & memaksa partikel vitamin untuk menyelaputi partikel ini. "
Selain itu, kulit kepala juga turut diberikan rawatan “mint” untuk meastikan kulit kepala kekal segar
& tidak berbau. InshaAllah.. selepas ni aku akan kembali lagi. Ada satu lagi rawatan untuk rambut dan kulit kepala ni. Tunggguuuu !
Untuk maklumat lanjut , sila hubungi MBH HairCare di :
Instagram : https://www.instagram.com/mbh.haircare/
No tel : +60 19-206 6956
Alamat : 19G-1, JALAN REKO SENTRAL 8, TAMAN REKO SENTRAL,
Kajang, Malaysia
6 comments
Bestnya dapat buat rawatan rambut.. selain muka, penjagaan rambut pun penting...
BalasPadamWahh bagus ni. Nak kena cuba buat rawaran rambut kat MBH HairCare jugaklah
BalasPadamHati hati Aben, pasni rambut makin lawa ramai plak aweks ngorat hehehe
BalasPadambotak pun bersinar ni.. kulit kepala sihat. hehe.. makin hot ler..
PadamAlaaa bestnya dapat buat rawatan rambut camni. Baguslah MBH Haircare ni!
BalasPadamMacam best je ...
BalasPadam