Aku dah serupa suri rumah !

Dah masuk jam 1 petang. Aariz baru tidur. Zahra baru siap mandi dan makan. Nasi tak nak.. nak makan biskut jer dia. Aduh.. petang karang baru terasa lapar la tu. Mencari nasi ayam.. confirm ! Nak makan sebelum tu payah tul.. Jenuh mengarah. Pastu nangis... Maka keluarlah ayat sadis dia..

" Daddy tak sayang Aara ! ". Aishhhh... tewas abis.

Bab Aariz lak..? Fuhhh.... Aariz ni mencabar kesabaran aku tul. Kenapa ? Dia laaa tukang kasi sepah dalam rumah ni. Ada jer eksperimen dia nak buat. Macam macam. Paling parah , dia ketuk tv LG 55" aku tuuu ! Aduhh.. bisa ! Bisaaaaa !

Pastu sapu rumah... walhal wife dah sapu sebelum dia keluar gi kerja. Dek gara gara Aariz kasi tumpah biskut..nasi.. dan pelbagai lagi jenis makanan yang ada di tangan dia , maka kerja aku memang non stop selagi dia tak tidur !

Dan akhirnya... dia tidur ! Bila dia tidur , barulah aku dapat mandi dengan tenang... 5 minit !


Tu pun dah dekat kul 2 petang... Huhuh.. Dan barulah dapat solat Zohor.. hahahaha... Adeh. Melainkan kalau aku gi umah mak aku, jalan ceritanya berubah. Cuma aku teringat.. masa aku kecik kecik dulu , aku nampak mak aku... petang baru mandi. Sekarang barulah aku paham kenapa. Tu pun aku tak memasak. Kalau masak , mengemas rumah.. melipat baju ? Mau mau malam baru mandi.

Ok la.. nak mandi.. hahahahaa...  kena update blog dulu sebelum idea hilang ! 


7 ulasan:

  1. mak kite plak awal pagi dia dah siap mandi.. lepas subuh, tu perkara pertama dia buat.. tak pernah tgk dia mandi petang walau sibuk macam mana.. kalau kat kpg, biasa orang mandi awal..sebab pagi2 tu aktiviti start awal.. kdg2 ade orang dtg umah beli or jual macam2... kalau mak kite mandi dah petang tu, jd cam pelik sbb semua jadual dia buat awal2.. sampai la dah tua2 ni (now dah 75thn) xde komitment anak cucu pun still dia mandi awal jugak... tengahari lps masak or berpeluh buat keje rumah, mandi lagi sekali...agaknya orang zaman dulu2 dah biasa camtu..hehe

    BalasPadam
  2. bagusnya ... buat kerja rumah

    BalasPadam
  3. okay aben.. itulah hakikatnya. Tetapi ina awal subuh dah kena mandi.LAu tak mandi awal..susah ni. 3 orang anak nak diuruskan. Pergi balik amik anak sekolah.Ke pasar..

    BalasPadam
  4. Nikmati...nanti jadi kenangan paling indah....power ayat Zahra..kikiki..

    BalasPadam
  5. hahaha...anak2 sha dua2 kaki sepah...samalah tu...hahaha

    BalasPadam
  6. Mcm lebih kurang je kita abg ben. tp biasanya kejadianni waktu cuti jelah, kalau hari kerja opkos mandi dulu hehe. tp mcm mana pun cuba gak curi2 masa mandi pg. hehe

    BalasPadam
  7. Haaa kan, bab mandi tu yang selalu lambat kalau uruskan anak² ni.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.