Di mana orang tua mereka?


Huh.. Giler berani atau bodoh giler namanya? Tapi diorg  ni budak budak. Mana nak paham kalau dibebelkan. Tapi mengikut pengalaman aku la masa jadi budak budak... yang mampu menakutkan mereka ialah PENJARA! Bagi dua malam dalam penjara bersama orang orang dewasa, pasti akan menginsafkan.

Tapi kalau budak budak je dipersalahkan, pon tak boleh gak. Mana orang tua mereka? Sibuk cari duit atau dah tak larat nak cakap dah? Budak skang dah mampu berfikir di luar kotak. Kononnya la bijak dari orang dewasa. Tapi bila kena langgar, MAK jugak dijeritnya. Hurmm..

Maka.. Untuk elak kes kes begini, kena pantau la anak anak kita tu. Jangan dibiar hilang berkawan tak tentu arah. Basikal tu, tgk tgk la.. Kalau mengarut je design tu.. Kasi hantam picah saja maaa... Jangan tunggu kereta hantam picah, baru mau nyesal! Talak guna lor.

Sian orang tua.. Masa kecik kecik.. Dijaga sampai nyamuk nak intai pon takut. Dah besar.. Hurmmm...

4 ulasan:

  1. Naik basikal tengah jalan raya mmg mengundang masalah...bila anak kena langgar lari dipersalahkan orang tak peka di jalanan...sebenarnya kita sebagai ibu bapa kena pantau...anak2 ni dia mudah terpengaruh oleh keseronokan yang sementara...kena create aktiviti berhemah sikit bersama keluarga.

    BalasPadam
  2. Terkadang ibu ayah sudah cukup baik mendidik..anak-anak pula curang dibelakang ibu ayah...ada ketika ibu ayah tidak peduli tapi anak-anak cari solusi jaga diri sendiri mendekati hal yang baik-baik...sebenarnya ibu ayah .. anak-anak kena jadi satu team yang ampuh segenap sudut..saling menerima teguran dan pendapat..

    BalasPadam
  3. itu la trend budak2 sekarang basikal lajak..kat mana lah mak ayah deme nihh..bahaya tuu

    BalasPadam
  4. Uishhh memang bahaya, patutnya ibu bapa kena lebih alert ni terutama masa cuti sekolah ni.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.