Penggunaan baby seat di kalangan ibu bapa di Malaysia , sangatlah mendukacitakan ?

by - Jumaat, Mac 23, 2018


Aku ke Rampai Puteri Medical Center semalam. Di sana , tertarik dengan satu bunting yang ada di depan pintu masuk hospital tu. Kening aku berkerut. Woww ! Sampai gitu sekali ketegasan mereka. Ternyata mereka bukan sekadar nak 'berniaga' tetapi sebenarnya nak memberikan perkhidmatan terbaik sehingga ke luar pintu ! Dan mementingkan keselamatan pelanggan mereka.. Dasat sungguh aihh ! 

Dan secara jujurnya.. aku dan wife kena didik penggunaan baby seat ni bila berjalan sekeluarga. Biasanya wife akan pangku. Si kecik tak nak duduk dalam tu. Tapi bila aku atau wife bergerak sendirian , dia ok je duduk dalam tu. Hurmmm... 

Bahaya ? Ada yang kata tak bahaya.. dia boleh pegang dengan kemas , katanya.. Hurmm. Kalau di'google' dengan keyword Bayi Tercampak Keluar Dari Kereta , pastinya akan jumpa banyak kes kes gini. Tapi mengapa kita masih lagi tidak mengendahkannya ? Mengapa aku masih belum amik tindakan ? Hurmmm... 

Teringat kenalan aku yang mengalami kemalangan hujung tahun lepas. Hurmm... Menurutnya isteri dia memangku anak dia yang berusia setahun ketika kejadian. Dia terbabas dan melanggar tebing jalan. Apa yang berlaku seterusnya... korang boleh bayangkan. Nasib baik mereka sekeluarga cedera ringan tetapi si kecil terlepas juga dari tangan. Satu sesalan dan peringatan buat aku juga. 

Baby Seat mahal ? Kalau cari yang berjenama , memang laa mahal. Ada pre loved atau second hand. Masih cantik dan bersih. Boleh je beli kan ? Di Rampai Puteri Medical Center sendiri ada jual. Harga dalam RM350. Jika tiada bajet , boleh je ke QQ Baby Shop


Hurm... Apakah benar tahap kesedaran kita masih teruk mengenai penggunaan baby seat ni ? Atau kita punya alasan lain sebab tak nak guna ? Hurm... Aku sendiri kena bincang ngan wife.. Huhuh... 

You May Also Like

11 comments

  1. Betul jugak.. Tq sharing abg brn.. Ini dlm list utk yanie beli nanti.

    BalasPadam
  2. Memang ajar humaira dari kecik,sebab dah tahu nanti lebih mudah nak drive and bergerak sendiri,keselamatan tu dah tentu lah,insya Allah ajar awal2 baby bleh terima.malah lebih mudah walau suami yg drive ibu boleh rehat kat belakang,nk pangku kalau perjalanan jauh balik kampung fuhhhh lenguh gak tu.

    BalasPadam
  3. satu sbb lg. kete kecil. huhu. antara faktor xle beli dlu.

    BalasPadam
  4. dulu tak sedar lagi pentingnya ...skrg sedar dah tapi dah terlambat sebab anak semua dah besar ....

    BalasPadam
  5. Memang bahaya kalau pangku anak. Fiza pun selalu beringat. tp tu la.. baby kalau berdua dgn fiza dia ok je dalam car seat. Bila papa dia yang drive..haa nak duk kat riba je.

    BalasPadam
  6. senang bila ada baby seat ni cuma da jugakla kawan Sal yang tegur .. tak faham betul dengan masyarakat kini...hehehe

    BalasPadam
  7. Kalau drive sendiri memang guna carseat untuk baby, tapi bila husband drive tu memang suka pangku. Lepas ni kena letak dalam carseat jugaklah kalau husband drive, kena amalkan.

    BalasPadam
  8. nak kena la juga cari.Sebelum ni memang anak duduk jer kat seat








    BalasPadam
  9. Sebab parents kekadang terlalu mengikut karenah anak yang tak mau duduk dalam baby seat.
    Mereka lebih suka pangku je baby tu.

    BalasPadam
  10. bay car seat memang sangat-sangat penting... tapi ramai parents yang tak letak anak dalam car seat sebab anak diaorang menangis tak nak duduk dalam car seat tu. Anak saya dulu pun menangis gak mula-mula, tapi hati kita kena kuat. Biarkan je diaorang menangis, lama-lama diaorang OK duduk dalam tu tanpa menangis. Tapi jangan biarkan diaorang menangis sampai melalak-lalak sampai muka naik biru, bahaya tu. Setakat nangis manja-manja tu biarkan je..

    BalasPadam