Kenapa straw plastik diharamkan penggunaannya ?

Kecoh di media sosial semalam . Ramai tak berpuashati ! Aku diantara mereka tu. Aku tak kisah pun sebenarnya. Aku bukanlah peminat straw pun. Minum terus dari botol pun ok jer  dan aku tau plastik tu memang merbahaya pun cuma... Haa ! Ni part yang aku nak bebel. Heee... 

Ok.. bagi mereka yang tak tau , boleh baca dan kasi paham kenapa dan mengapa !  Penjelasan terang di bawah ni. Kena rajin membaca jer. Jangan dengar cakap orang. Mungkin penyampaian kurang jelas atau maklumat terkurang sana sini. 



Aku tak kisah la nak larang guna apa saja yang plastik pun. Selagi ada 'penganti' , aku terima jer. Cuma aku nak , banyak lagi isu isu utama perlu dititikberatkan. Seperti asap lori dan asap rokok ! Dua dua ni memang menyusahkan sama sekali.  Yer, kedua dua ni adalah penyumbang pada masalah alam sekitar ! Asap rokok ? Eleeeh.. jangan tengok asap rokok jer.. tu putung rokok tu ! Mana campak lepas merokok ? Letak dalam kocek pastu buang dalam tong sampah ? Huhuhuh.. Asap lori ? Meh kita jeling berjemaah pada Puspakom dan JPJ. 

Ada satu lagi yang masih ternanti nanti akan ketegasan penguatkuasaannya. Apa cerita ni ? Makin bersepah kereta cermin gelap ni. Apakah mereka ni tergolong daripada dua kategori di bawah ni ? 


Perlu tau... cermin gelap juga mampu memberi masalah pada alam sekitar  tau ! Haaa.. Apakah masalah itu ? Pikir la sendiri.. hahahahaa ...

Akhir kata.. saya sokong jer pelaksanaan penggunaan plastik ni. Maklumlah , tahap kesedaran mengenai alam sekitar di negara kita masih di tahap rendah... kan ? Haaa.. Oh ya... bila sebut alam sekitar , jangan lupa pembalakan haram tu yer ! Jangan buat lepas pandang tau.. Dan jangan lupa part rokok tu.. Kasi sedikit tegas bila penguatkuasaan tu tau. 

5 ulasan:

  1. Setuju sangat apa yang Ben ulas ni, kerajaan pun kena luaskan skop penguatkuasaan

    BalasPadam
  2. Saya pun sokong kempen haramkan straw ni, lagi pun saya memang tak minum air manis kat luar. Dah biasa bawak bekal botol air kosong dari rumah.

    BalasPadam
  3. Setuju...yg paling geram..rokok ler...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.