Boikot restoran yang benarkan merokok !

by - Selasa, November 13, 2018


Masuk ke dalam restoran yang ada manusia sedang merokok dengan jayanya ibarat membunuh diri ! Ada yang tak kisah pun walaupun tau akan bahayanya. Atau mereka tak tau kot ? Menurut teori, wanita dikatakan lebih berisiko kerana sensitif terhadap asap rokok. Mereka ini kerap terdedah kepada tabiat pasangan yang merokok, rakan perokok aktif dan tempat awam yang dicemari asap rokok.

Perlu diketahui ciri kanser paru-paru dalam kalangan perokok dan bukan perokok mempunyai banyak perbezaan. Biasanya, orang yang merokok tidak menyedut asap yang ‘dalam’. Mereka hanya sedut sedikit dan hembus. Jadi, asap rokok itu tidak masuk ke bahagian dalam paru-paru dan lebih kepada bahagian luaran saja. Jika kanser berlaku sekalipun, simptom itu akan datang awal. Cuma, kanser akan lebih agresif. 

Berbanding perokok pasif, mereka yang terdedah kepada asap rokok ini akan menyedut hingga ke bahagian dalam paru-paru. Kanser yang berlaku sukar menonjolkan sebarang simptom. Ia bagaimanapun berlaku di pinggir (periferi) paru-paru, bukan di tengah seperti dialami pesakit kanser yang merokok, 

Perokok yang menghidap kanser paru-paru biasanya akan menunjukkan simptom jelas seperti batuk, batuk berdarah, penat dan susah bernafas. Namun bagi perokok pasif, sel kanser yang tumbuh di pinggir paru-paru menyukarkan pesakit mengesan masalah dihidapi dari awal.

Dalam kebanyakan situasi, perokok pasif yang menghidap kanser tidak akan menghadapi sebarang masalah di peringkat awal. Jadi, kecenderungan untuk mereka mendapatkan pemeriksaan lanjut adalah rendah. Apabila simptom jelas mula kelihatan, biasanya sel kanser sudah pun merebak ke tahap tiga, empat dan mungkin sudah terlalu lewat untuk diubati. Sebab itu, dalam kebanyakan kes membabitkan bukan perokok wanita, mereka hanya sedar di peringkat lewat. Tidak ada simptom awal. Tetapi, dalam tempoh antara sebulan hingga setahun, ia sudah mula merebak ke tulang dan organ lain. Ketika inilah baru mereka sedar menghidap kanser.   

Maka inilah seruan aku. Andai kata kerajaan menurut kata 3 pertubuhan yang mewakili pengusahan restoran yang membantah larangan ini , apa kata kita boikot saja restoran yang tidak memaparkan tanda LARANGAN MEROKOK ni ! Mampukah anda ? Kita biarkah saja mereka kaya dengan hasil manusia yang sedang bunuh diri itu. 

Sumber - Hmetro

You May Also Like

3 comments

  1. Ada tanda LARANGAN MEROKOK atau tidak seolah tiada apa.Tiada beza.Berbalik pada diri setiap individu.
    Kalau kita nampak restauran atau tempat makan yang memang ada orang sedang merokok perlu kita elak dari masuk atau memilih ke tempat itu...1000 kali menyakitkan bila mana kita yang terlebih dulu datang dan sedang menikmati makanan..mereka yang baru datang terus merokok..Allahu.

    BalasPadam