Gegar Vaganza 5. Benar sungguh ramalan ku..

Tengok tarikh posting status aku tu.. Separuh akhir Gegar Vaganza 5. Aku dah syak daaahh! Sian kita kan. Huhuhu..  Aku dah rasa Noryn sebab dia memang maintain dari awal lagi dan pencabar dia cuma Dia Fadila. Kelebihan Noryn ialah dia sangat tenang tapi senantiasa komited dalam menyampaikan lagu. 

Dia Fadila.. hurm... suara ada tapi ada sesuatu yang menyebabkan aku rasa aku tak berminat untuk pilih dia sebagai juara kali ni. Hee.. Takda FAKTOR X bak kata orang tua dulu dulu. 


Dan pusingan akhir menjelmakan dirinya... Setelah layan pusingan duet , aku terus kukuhkan ramalam aku. Dan bila dengar lagu berikutnya, maka... terus aku bagi ramalan aku dengan penuh keyakinan ! Heheheheeee.. Aku team Zamani tauuuu tapi aku rasa bukan rezeki Zamani dalam ni. 



Top 5..seperti yg dijangka aku. Maya dan Amelina bukan pencabar dalam pertandingan ni. Zamani di tempat ke 3, umpama penghargaan buat lagenda tersebut. Mana boleh corot. Nak kena maki ke!!  Kan ? Haa... mesti la Top 3 gituuu.. 

Dan juaranya.. Memang layak sebab memang padu persembahan serta suaranya... 


Sejujurnya.. Semua layak menang tapi ini adalah HIBURAN semata mata... Layan kan aja laaaa... Kan! Apa pun tahniah buat kita sebab layan sampai final.

Hahahaa!

2 ulasan:

  1. Maka tepatlah apa yang Aben ramalkan...

    BalasPadam
  2. Walaupun Zamani top 3 je, dia tetap juara di hati ai. Haaa gitu!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.