Zamani sekadar 'umpan' Gegar Vaganza 5?

Sedar lama dah tapi saja je aku  butakan mata. Layan kan aja ' permainan' mereka. Maklumlah, ini semua kan sekadar perniagaan dalam dunia hiburan jer. Tak leh salahkan pihak penerbit pun. Kena ikut permintaan penonton la kan?


Kali ni Zamani adalah umpan atau penarik ya. Seperti sebelum ni, Ameng dan juga beberapa lagi artis Rock Kapak yg jadi pujaan. Aku bukanlah nak salahkan penerbit pun.. Diorg bijak atur strategi perniagaan. Dalam lagu ada drama. Haaaaa.. Baru syiok.

Minggu ni Separuh Akhir Gegar Vaganza 5. Ramai dah ramalkan Zamani akan ke final. Jangan buat silap dah laaa.. Tapi sayangnya, lagu pertama dari awal lagi aku dengar dah sumbang. Mungkin rentak lagu ni tak kena dgn jiwanya. Akhirnya terlupa  beberapa bait lirik.


Kemudian Tok Ram pulak tak nak komen. Konon kononnya kecewa atau menyampah? Wallahuaklam tapi bagi aku ini tak sepatutnya berlaku. Tok Ram kena komen samada suka atau tidak. Walaupun sepatah perkataan.

Aku gelengkan kepala dan naik ke atas bilik. Malas dah nak layan. Macam aku kata dan perangkap mengena, aku tonton sebab Zamani ni. Hehehe... Jujur ni.

Jam 12  malam.. Aku buka YouTube. Nak tau sapa terkeluar. Zamani kelihatan beria di atas pentas ketika pengumuman mcm tau mampu ke akhir. Hurmm..

Aku stop dan ulang ke hadapan. Tengok nyanyian Zamani di lagu kedua. Lagu kedua ni mmg makanan dia la. Selamba je dia bawak. Dan dia antara yang ke peringkat akhir GV5 ni. Tak adil? Ni hiburan je masa..


Zamani akan berduet dengan Ameng! Nampak tak permainan mereka di situ? Heeee.. Dan jangkaan aku Zamani akan berada di Top 5.. Ke 3 gitu. Di antara Noryn dan Dia Fadila.

Apa pun.. Ni sekadar ramalan ku.... Yang penting, Gegar Vaganza dah menghidupkan kembali artis artis lama yg ingin kembali menceriakan dunia hiburan.

3 ulasan:

  1. Adui..iya lah dia lupa lirik..tak apa kita maafkan ..memang Zamani suara amat hebat..lagu kedua mantap..sedap tul dia nyanyi

    BalasPadam
  2. Zamani terkeluar pun kira bermaruah tu..namun inilah rezeki dia ..

    BalasPadam
  3. Dia dah buat yang terbaik, ai puashati dia masuk final. Tak jadi juara pun takpe!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.