Antara sebab aku tak berminat nak jadi 'guru tetap' !


Kes guru merotan murid akibat kurang ajar ni pernah berlaku pada aku satu tika dulu. Waktu tu aku menjadi guru sandaran di sebuah sekolah rendah. Ketika aku sedang belajar , ada 2 orang murid bermain sesama mereka. Tidak menumpukan perhatian.  Amaran diberikan. Tidak lama kemudian dia buat lagi. Kelas terganggu. 

Aku rotan tangan mereka. Perlahan je pun. Aku sedar aku sapa. Sekadar untuk peringatan dan ajaran. Bukan menyakiti mereka pun. Kemudian aku membebel dalam kelas. Nampak tak sapa yang rugi ? Seluruh kelas rugi satu masa.

Esoknya.. aku dipanggil Guru Besar. Ada parents nak jumpa. Di dalam bilik tu , aku dimaklumkan punca aku dipanggil. Parents tu nak saman aku sebab rotan anak dia ! Aik ?? Punca dirotan taknak tau ke ??? Dia ingat anak dia dalam kelas bagus sangat ? Dan aku pulak tak dibela. Aku rasa cam.. hurmm.. Tak pe la. Ini pertama dan terakhir. 

Apa yang berlaku selepas tu ? Aku masuk kelas mengajar tepat pada waktunya dan keluar pada tepat masanya. Korang nak main , nak buat kerja..nak bising .. lantak korang la ! Aku buat kerja aku. Hujung bulan , dapat gaji. Korang leh suruh mak bapak korang antar gi tuisyen. Duit banyak kan ? Haa.. aku tak nak stress! 

Yer.. aku dapat penyakit Hypertension bermula dari situ ! Minat aku untuk mendidik anak bangsa aku, mati ! Apa guna aku beria nak mengajar dan mendidik pun ? Namun mereka yang berminat , tidak aku ketepikan. Aku turut mengajar kelas hujung. Di kelas tu, mereka benar benar ingin belajar tapi sayangnya mereka ada 'kekurangan' dan sejujurnya , mereka ' mengajar' aku erti kehidupan dan bersyukur. Sebagai timbal balas, aku pastikan mereka boleh membaca dan mengira sebelum aku keluar dari sekolah tu. 

Tawaran jadi guru tetap tu ada. Tapi rasanya aku tak layak menjadi guru. Berminat tapi bukan di zaman ni. Kes yang viral semalam , disebabkan murid yang tidak berdisiplin. Kurang ajar. Memang ramai murid gini. Tak hormat  guru. Kesabaran pun ada batasnya tapi sebagai guru , kesabaran memang perlu lebih dari batasan. Bila jadi seperti itu , bawa je murid ke bilik Pengetua dan serahkan saja pada mereka untuk diambil tindakan. Guru Disiplin bukan seperti zaman aku dulu. Dia lalu je , kelas yang bising terus jadi senyap sunyi. Ketakutan masing masing. Sekarang ? Kau rotan aku eh ? See u in court ! 


3 ulasan:

  1. Kawan-kawan PC yang cikgu sentiasa mengeluh..silap tingkah mereka dipersalahkan..prestasi pelajar turun cikgu disalahkan..serba serbi tak kena..cubit pun ngadu dengan mak ayah..mak ayah datang sekolah tanya kenapa cubit-cubit..macam-macam sungguh.

    BalasPadam
  2. betul tu. saya pun dapat tawaran jd cikgu. tapi x ambik sebab x minat nak cakap banyak.

    BalasPadam
  3. Skrg mcm2 isu. Mmg cabaran utk seorg ckg

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.