Percaya pada kelebihan MEMBERI DENGAN HATI ..


Ikhlas atau tidak , hanya Allah saja yang Maha Mengetahui tapi yang pasti setiap kali aku memberi , aku akan beri tanpa dipaksa. Tiada pisau diacukan pada leher mahu pun muncung pistol di kepala aku. Dan pastinya selepas memberi , akan terasa sesuatu di dalam jiwa. Rasa satu kepuasan dapat membantu manusia lain. Kalau dia menipu pun , mungkin bersebab. Kita dapat juga menolong dia sedikit sebanyak. Penipuan dia tu , pandai pandai la dia menjawab dengan Allah kelak. 

Sekarang Aidilfitri... Yang paling gembira ialah anak anak. Dapat kumpul duit raya bila pergi berjalan ke rumah saudara mara , jiran tetangga , rakan rakan dan juga kenalan mak ayah dia. Ada yang pertikaikan pemberian duit raya pada anak anak kecil ni. Bagi aku , tak payah nak pening pening. Ada rezeki lebih , kongsikan je la. Dapat tengok orang lain gembira , hati pun gembira. Tak perlu banyak banyak pun kasi. Sekadar termampu. Mak ayah pun kena tegur anak anak yang dah pandai kenal duit tu ! Ajar akan maksud terima seadaanya. 


Jangan kedekut. Tapi dalam kita lapangkan hati dalam memberi , ada pulak orang nak amik kesempatan ! Tu masalah pulak Tak hairanlah , ramai yang berkira kira dalam memberi kerana wujudnya manusia manusia yang hidupnya dengan menipu orang ! Haish... pelik juga aku camana orang begini boleh teruskan kehidupan. Semoga Allah beri hidayah pada mereka.

Terbaru... kisah seorang sahabat yang viral di media sosial kemudian di media massa. Dia memang seorang yang cukup terkenal dengan kemurahan hatinya tanpa mengira bangsa ! Aku kenal dia sewaktu pergi tempah cermin mata di kedainya. Dan dari situ kenal dah dia orangnya. 


William Chai, boss di Eye Pro Vision

Setiap orang , ada caranya dengan memberi. Tak semestinya dengan wang ringgit. Yang penting , apa yang kita lakukan , mereka yang menerima akan melemparkan senyuman.  Walaupun ada yang membalas kembali dengan tuba , kita senyum saja. Sabar dan teruskan membuat kebaikan. InshaAllah.. ada hikmah satu hari nanti. 


Tiada ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.