Wahai sang suami sekalian alam, inilah cara jimat ketika membeli-belah bersama isteri dan keluarga!



Nahh... ketika masuk ke Mr.DIY , sila suruh anak anak pilih je apa yang diinginkan. Suruh juga si isteri pilih apa saja barangan yang diperlukan di rumah. Pastinya si dia akan tersenyum lebar. Begitu juga ketika berada di dalam pasaraya untuk mencari barangan keperluan harian. Fuh , amik la barang barang makanan basah atau kering , untuk kegunaan sehari hari. 

Dan ketika di kaunter , suruhlah anak anak bermain di luar , ketika wife sibuk mengeluarkan barangan dari troli. Haaa , ketika ni lah masa yang cukup sesuai untuk 'menyelamatkan' diri. Dalam kes aku di Mr.DIY tu , wife kelihatan 'cuak ' mencari aku di kiri dan kanan. Yer aku tau apa dalam kepalanya..

" Aikk.... dah hilang ??? Siap dia !! ". Tapi aku tak kisah. Hahaahha... Kenapa tak kisah ? Sebab aku sekadar nak menyorok seketika. Kemudian aku pergi dan hulurkan kad debit padanya. Amatlah kejam untuk meminta dia membayarkan semua tu walhal kita yang suruh amik barang barang tu. 

Tips ni sekadarlah untuk menceriakan suasana. Jangan stress stress ketika keluar bersama anak isteri. Kalau kita boleh senyum ketawa riang bersama rakan rakan , takkan la dengan anak anak nak muka masam garang gitu kan ? Huhu...

5 ulasan:

  1. Hehehe...part sampai kaunter nilah jangan ada yang sibuk nak ke tandas..kikikiki..

    BalasPadam
  2. satu lagi time kat kaunter jgn biar anak capai apa apa lagi kat kaunter... terutama kinderjoy... hahahhaa

    BalasPadam
  3. Salah satu cabang rezeki, bila dapat spend time dengan isteri dan anak-anak yang kita sayang.

    BalasPadam
  4. Selalu juga bawa isteri dan anak2 ke Mr DIY ni. Barang murah, nak beli pon jadi tak berkira sangat. hehehe

    BalasPadam
  5. MR DIY memang murah. Plan nak beli 1 barang boleh jadi mcm2 barang. Hahaha..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.