Bila anak anak demam..


Aariz keluar bilik. Tercari cari mak ayahnya. Dia tak nampak ibunya di atas katil. Lena keletihan menjaga dia dan Qhaliff. Masing masing demam secara tiba-tiba. Manakala aku baring di luar  atas sejadah selepas subuh tadi. Penat masih belum hilang.

Malam tadi.. 

"Camana esok ni  bang   " tanya sang isteri. Dia bab kerja memang komited tapi kalau si kecik ni demam, memang akan sanggup amik cuti. Tambahan pula, aku pun dah rasa tak sedap badan. 

"Tengok esok pagi camana. Kalau diorang ok, gi la keje."  jawab aku ringkas. 

"Zahra camana " tanya dia lagi. Mek sorang ni, dah set kepala otak dia semalam. Memang tak nak pergi sekolah. Katanya ada budak lelaki marah dia. Alasan kukuh sungguh la nak ponteng.

Seingat aku, jam 4 pagi, wife panggil aku yang baru nak dapat feel lena !

" Bang, tolong amik ubat kat dapur. Qhaliff ngan Aariz panas badan." pinta wife. Dalam keadaan mamai, aku terus ke dapur.

" Berapa ?" Tanya aku. Dia pun bagi arahan. Terus aku laksanakan. Selepas tu aku tak sedar diri dah. Wife uruskan dua dua. Sian dia.

Pagi  ni.. 

" Bang, camana?? " tanya sang isteri.pada aku..Hela nafas panjang..

"EL je la. Abang tak leh handle Aariz."  Jawab aku. Aariz kalau demam, parah. Dia nak suruh dukung jer.

Aku ke ruang tamu.Ambil wudhu dan solat. Selepas tu baring jap. Tak sampai 5 minit, Aariz mencari. Aku panggil dia. Terus dia baring sebelah aku. Sambung tidur.

Bila tengok dia.. Kesian jer. Mak ayah amik cuti utk jaga anak sakit. Tapi berapa ramai anak sanggup amik cuti utk jaga.mak ayah yang sakit ?? Pengorbanan orang tua kita,, tidak terbalas kita. 

8 ulasan:

  1. Semoga sihat semua hendaknya amin, agaknya anak2 keletihan beraya dan jalan jauh balik kg.

    BalasPadam
  2. Demam keletihan anak-anak..moga cepat sembuh ya.

    BalasPadam
  3. kesiannya anak-anak.Demam terlebih bear


    terlebih beraya ni.Kesiannya,moga cepat sembuh aariz dan Qhalif






    BalasPadam
  4. Semoga kesemuanya cepat sembuh. Kalau demam panas sangat, ambil tuala kecil ,basahkan ,kemudian letakkan dicelah ketiak kiri dan kanan. Bila kering ,ulang basahkan lagi. Nanti suhu badan boleh turun sikit. Inshaallah..

    BalasPadam
  5. demi anak..sanggup makpak berjaga .. moga anak-anak kenang pengorbanan kita sampai bila-bila

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.