" Daddy , tak nak pergi sekolah..."

Semalam...

Cubaan Qhaliff untuk tidak sekolah berjaya aku patahkan. Alasannya , dia takut kena marah lagi. Aku pujuk dia.  Beria menangis taknak pergi. Yer , dia memang manja tapi tidaklah lembik. Dia ok je tapi mungkin dia berperangai macam aku... cikgu kalau marah , aku memang akan sentap. Sebab aku hormat cikgu macam mak ayah aku sendiri. Kira merajuk gitu la. Bukanlah kita nak marah atau benci dia pun. Dah memang salah kita.. kena marah. Merajuk la kan ? Heee..

" Kita tak buat salah , takkan cikgu nak marah kita kan ? Hari ni , Qhaliff bawak semua buku kan ? "

Siapkan dia pastu suruh makan. Lepas tu mood dia ok. Dan pergi sekolah dengan mak dia. Tengahari, aku gi jemput. Dan kelihatan dia ceria jer..

" Camana ari ni ? Cikgu marah Qhaliff tak ? " tanya aku.

" Tak.. cikgu baik ari ni. Qhaliff pun buat kerja siap cepat... " jawabnya.

Aku senyum. Gosok kepala dia.

" Daddy , jom gi Tesco. " cubaan yang bijak dari dia.

Aku pandang dia. Ketawa. Kelmarin , duit aku terbang selepas dia kena marah ngan cikgu dia. Nak beli jiwa dia kononnya. Dan berjaya la. Dia beli robot je kat MR.DIY.




Malam tadi... 

" Daddy , Aara cuti esok. Tak nak pergi sekolah." Zahra bagitau dan ianya memang dah dijangka aku. 

" Kenapa ? Cikgu marah Aara ke ? " saja nak tengok akal dia.

" Aah. Ticer marah Aara. " jawab dia.

" Aara dalam kelas banyak cakap kan ? Suka buat bising pastu jalan jalan. Ticer marah la..Kan ? " serkap aku.

Zahra ni kalau dia cakap taknak pergi , memang dia akan berpegang pada kata kata dia. Nak pujuk , memang payah nak makan. Cuma kadang kadang aku terlupa... sebenarnya mudah jer nak pujuk Zahra ni. Offer dia susu botol ! InshaAllah jalan. Atau dia amik offer tu tapi tetap tak nak pergi ! 

Budak zaman ni , terlalu dimanjakan ke ? Tak leh kena marah atau cepat merajuk ? Bagi aku tak pon. Mereka dibesarkan dalam persekitaran yang 'terkawal'. Tak seperti zaman 80-90an. Kanak kanak zaman tu agak bebas dan lasak. Budak sekarang banyak main dalam rumah jer. Nak keluar , risau kena culik ! Tu masalah utama sekarang ni. Makanya , diorang membesar dalam persekitaran yang begitu terlindung. Bila kena marah di sekolah... muncung ! Tu pendapat aku la. 

Dan yer.. Zahra berjaya ponteng ari ni ! 

2 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.