Perlukah aku buat report kereta yang melanggar peraturan ? Bagaimana caranya ?

Alhamdulillah... tiba dah di rumah mertua. Perjalanan ke Kelantan melalui Lebuhraya Pantai Timur atau dikenali dengan nama singkatan LPT , memakan masa hampir 12 jam lamanya. Heeee.. aku tau apa korang fikirkan ! Jalan jammed ? Tak pun. Clear jer  jalan ! Cuma kereta je banyak tapi tak la sampai tahap berlakunya jammed. 

Dah tu kenapa boleh lama sangat ? Jika ikut pada Waze , perjalanan aku cuma memakan masa 6 jam je. Yang buat lama tu , aku yang terlalu kerap berhenti. Memandu dengan cuaca yang tak menentu yakni kejap redup.. kejap panas dan sesekali hujan membuatkan mata cepat letih. 

Berhenti di setiap RnR yang wujud di LPT tu kecuali yang jauh ke dalam. Tak ingat RnR apa tapi jauh sangat nak masuk ke dalam. Malas pulak rasanya. Maka aku berhenti je di RnR seterusnya. Berhenti pon dalam masa 10-15 minit jer. Lelap mata atau layan handphone jap.. balas mesej dan sebagainya. Kemudian baru teruskan perjalanan.

Di sepanjang perjalanan.. ada kereta yang dipandu dengan merbahaya. Ikut rapat di belakang seolah olah jalan raya tu dia punya. Yer , tau korang nak memotong dan kereta di hadapan tu perlahan.. Ikut je la dan jarakkan. Jika ikut rapat gitu , pemandu tu boleh hilang kawalan andai dia terkejut atau terkelam kabut ! Melainkan dia memang nak provoke tak nak ke tepi tu.. haaa.. kita kena la tukar laluan. Bahaya nak provoke orang gini. Jika dia tekan brek ??? Haaa..

Yang masuk ke laluan kecemasan pon ada ! Adoi.. ni satu hal lagi ! Ketika di Setiu , jalan agak jammed sekejap. Ada beberapa bijik kereta yang tak sabar telah ikut lorong kecemasan. Termasuklah sebuah 4WD ni. Pergh... dia redah jalan rumput terus ! Amboiii.. tau la kereta ko tu power ! Tapi.. nasibnya malang. Hahaha.. Dia kena tahan dengan polis trafik yang dah standby di hadapan. Kan dah terbang duit tuuu.. Best part... pemandunya perempuan dan kelihatan bersama anak anak di dalamnya. Huhuhh... Sempat la menjeling jap aku. Bukti pun ada ni ha.. Aku rekod guna dashcam yang baru dibeli tapi tak pe la.. tak perlu nak letak gambar tu.

Pastu yang jenis memancung kita dari belakang. Ni satu hal lagi ! Kita punya la elok memandu ikut peraturan... tiba tiba kereta dari lorong paling kiri , terus pancung dan duduk di hadapan kita.. tanpa bagi signal ! Pergh.. ini kurang ajar punya orang ! Tindakan begitu boleh membuatkan pemandu yang kurang bersedia menekan brek dan seterusnya boleh bikin pemandu dibelakang kereta tu terkejut ! Guna akal la skit bila memandu. Bukan guna kepala lutut yer. 

Bukti dah ada ! Perlu ke buat report ke JPJ ? Jika nak buat report , camana caranya ? Apakah maklumat yang perlu dikemukakan pemandu bagi membuat aduan ?
  1.  Laporan ringkasan aduan
  2. Tarikh / masa
  3. Tempat kejadian
  4. Jenis kenderaan
  5. Nombor pendaftaran kenderaan
  6. Salinan foto, video atau dokumen berkaitan

Sertakan nama penuh, alamat surat menyurat, nombor kad pengenalan dan nombor telefon dan hantar ke aplikasi whatsapp 013-4498997

Sekiranya didapati pemandu terbabit melakukan kesalahan, Notis temusiasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan diserahkan kepada pemilik kenderaan untuk mengemukakan pemandu yang memandu kenderaan terbabit ketika kesalahan dilakukan.

Tempoh ini mengambil masa 14 hari untuk pemilik kenderaan mengemukakan pemandu yang diarahkan hadir ke pejabat JPJ. Apabila pemandu hadir ke JPJ yang berhampiran dan siasatan telah dijalankan, pegawai JPJ akan mengeluarkan Notis Saman atau perintah hadir mahkamah dalam hari yang sama siasatan dijalankan.




Ok... ni kena tau juga yer ! Sapa yang boleh buat report begini ? Jangan korang yang memandu tu lak sibuk amik gambar ! Kang korang lak kena saman. Heee..  Siapakah yang dibenarkan merakam atau mengambil gambar pemandu yang melakukan kesalahan? 

Larangan penggunaan telefon bmbit tanpa alat bebas tangan yang diperuntukkan dibawah kaedah 17A Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 menyatakan bahawa mana-mana orang yang memandu adalah dilarang menggunakan alat komunikasi termasuk telefon bimbit tanpa alat bebas tangan dan mana-mana org yang melanggar peraturan boleh didenda tidak melebihi RM 2,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Ini bermakna pengguna jalan raya yang merakam apa-apa kesalahan laulintas menggunakan telefon bimbit wajib memastikan bahawa yang merakam atau mengambil gambar itu bukanlah pemandu. 

Bagaimana pula jika pemandu terbabit pergi ke lorong kecemasan kerana berlaku kerosakkan kenderaan dan ada orang merakamnya ? Ok.. ni special kes la.. kena tau gak ni. Jangan semua kita terus bagi cop 'salah' ! 

Di bawah kaedah 53 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959, kaedah ini membenarkan atau memberi pengecualian pada mana-mana kenderaan motor (pemandu) menggunakan lorong kecemasan dalam keadaan kecemasan sahaja. sebagai contoh kereta rosak atau lain-lain sebab kecemasan.

Faham tak ni ? Haa... Maka memandulah dengan berhati hati dan ikutilah segala peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Jangan bikin itu jalan raya tempat berlumba dan yer... semua orang nak balik raya !  Jangan jadikan jalan raya tu , destinasi terakhir kita..

Oh ya... dan tolonglah jaga kebersihan di RnR tu.. Jangan jadi pengotor aih.. 


Tempat aku berdiri ni ada 4-5 helai tisu basah yang dibuang atas jalan tu. Pastinya kereta yang berhenti sebelum aku ni yang buat. Tu.. siap ada putung rokok lagi tuu ! Aku nak kutip tapi ditegah oleh wife.. Dia kata kita tak tau apa yang dilapkan ! Bahaya. Zaman sekarang ni , penyakit berjangkit banyak sangat dah ! Yer tak ye gak kan ? Terlupa lak aku. Nak tak nak... terpaksa biarkan jer. Dengan hati yang berat ! 

Jadilah pengguna yang bijak. Dan rakyat Malaysia yang bertamadun.


3 ulasan:

  1. Klu nk rakam, mmg kne ad dashcam. Kalau penumpang sebelah tlg rakamkn boleh kn

    BalasPadam
  2. bagus sangat perkongsian

    BalasPadam
  3. Haaa.. Setuju sangat..untuk sedar para pengguna ttg kesedaran sivik...hihihi

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.