Serabut aku tengok pengguna jalan raya yang serabut !

Kota Bharu sesak ! Fuh.. Baru plan nak gi KB Mall. Suka gi sana sebab kadang kadang ada jualan murah dan pakaian yang dijual tu , kena ngan citarasa aku. KB Mall ni ibarat Sungei Wang Plaza di Kuala Lumpur. Tu yang aku suka di samping yang suka gi sini , kebanyakkan orang bujang je. Eh.. Hee... Sesekali cuci mata ye dok..

Aku tak kisah pasal jammed ni. Boleh jer harung. Yang menjadi masalah aku ini ialah pengguna jalan raya yang tak kisahkan nyawanya. Aku tak kisah dia tak sayangkan nyawa dia tapi aku yang takda masa nak layan mereka yang tak sayang nyawa ni ! 

Maksud aku gini.. Di sepanjang perjalanan nak ke Kota Bharu ni , korang akan hadapi 2 jenis pengguna jalan raya yang tak sayang nyawa. Pertama , yang suka memandu laju dan ikut rapat belakang kita. Kedua , penunggang motorsikal yang tak pakai helmet pastu mencelah depan kita secara tiba tiba !

Yang motor ni , beberapa kali aku terkena. Memang takut weh ! Kalau terlanggar , isu boleh jadi besar kau ! Kena lak langgar di kawasan dia. Pergh... Panjang weh cerita. Silap silap bawak bergaduh haaa... 

Kes pemandu tak sabar.. Macam semalam. Haish. Sudah la tak sabar , kurang ajar lak tu. Kita hon dia, untuk bagi amaran. Dia balas hon macam nak bergaduh lak ! Amboiii... Nasib baik aku pakai dashcam ! 

Aku pandu cukup berhati hati setelah beberapa kali nyaris.. Kereta insan cemerlang mana tah mengundur dgn laju dan nyaris nak bertembung dgn keta aku. Kita bunyikan hon utk amaran.. Dia balas hon semula. Mampu geleng kepala.


Dalam kedudukan begini , kita kena waspada 200%. Motor boleh muncul dari celah celah kereta yang diletakkan di bahu jalan. 

Kereta tu... mengundur dengan lajunya. Sepatutnya dia berhenti sebentar untuk benarkan laluan kereta lurus. Bukannya aku kena berhenti untuk bagi dia untuk. Jalan utama begini , kenderaan di belakang kadang kadang leka. Dan kesannya , aku yang kena langgar dari belakang ! Dan ini sudah terjadi pada aku beberapa kali ! Mungkin dia tak perasan. Sebab tu aku bunyikan hon. Tak sangka lak dibalas semula ! Sabar je la..

Beberapa minit kemudian.. Di satu tempat.. Aku beri laluan pd kereta depan aku utk mencelah masuk. Aku pandang cermin sisi.. Kereta yg tadi tu, tak berhentikan keretanya malah mencelah ke tepi kiri keta aku utk teruskan perjalanan.

Aku siap menjerit dalam kereta lagi bila nampak kereta di belakang aku tu , terus memandu melepasi aku.  Terus aku hon utk beri amaran pd kereta di hadapan aku.. Nasib dia berhentikan keretanya. Kalau tak... Tak tau laaa nak kata.. 


Jangan main main di situasi begini. Aku pernah kena di Cameron Highland. Aku berada di kedudukan kereta di hadapan aku ni. Datang sebuah motor , terus dia terkejut dan terjatuh. Dia salahkan aku sebab masuk laluan tu walhal kenderaan di kiri dan kanan dah kasi kita lalu ! Selepas aku ajak buat report polis , dia tak nak. Dia mengaku dia demam dan pening kepala ! Tak nampak sangat jalan. Dek kesian punya pasal , aku kasi duit ubat. Duit yang sepatutnya aku guna untuk belanja makan tengahari keluarga aku , dah digunakan atas kecuaian orang lain !

Nasib baik tak jadi apa apa. Syukur sangat. Yer , terus terang aku memang tak berani nak memandu saat ni. Masih fobia  dengan kemalangan lalu. Kecuaian orang lain , kita jadi mangsa ! 


3 ulasan:

  1. Bila musim perayaan macam ni, lagilah pening kepala tengok ragam di jalan raya. Dah lah ChikTie ni keja lagi sampai sehari sebelum raya ni. Nak pergi kerja nak balik kerja, stress menghadap perangai macam-macam ni.

    BalasPadam
  2. Ok dah baca part two regarding dashcam . Cx pon dah suggest dkt husband ntk pasang . Org zmn skrg ni mental. Dahlah husband bawa grab. Risau gila

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.