Berlari sambil belajar !

Dua hari cuti ni , aku tak bawa anak anak pergi beraya. Sekadar habiskan masa di rumah. Agak kemalasan untuk keluar setelah melihat kesesakkan jalan raya yang dikatakan berpunca dari 'open house'. Dan satu lagi , malas nak bagi orang mengata aku laki bini tak reti didik anak di rumah orang.

Lagi pun , Sabtu tu aku ada kerja di luar. Maka wife jaga anak anak di rumah lak. Petang tu, aku lihat anak anak kebosanan di rumah. Awalnya , aku nak ke gym tapi aku tukar plan. Aku ajak anak anak aku gi jogging di sekitar kawasan perumahan aku. 

Masing masing teruja dan gembira. Akhirnya dapat jugak keluar rumah. Aariz , tidak aku bawak. Kalau bawak dia , sah sah aku kena dukung jer. Huhuh.. Penat wehh ! Nak kena panjat bukit sambil dukung anak ? Fuhhh... best tu memang best tapi bukan di tepi jalan sambil nak jaga 2 lagi anak ! Kang aku terlepas pandang lak.


Hari Sabtu... selesai ! Zahra kepenatan.  Mengeluh kaki dia lenguh. Heehe.. tak pernah bersenam, gitulah !  Walaupun gi kelas berenang , berlari menaiki bukit ni bukanlah mudah juga terutamanya jika tak pernah lakukannya.

Dan hari Ahad , Zahra tarik diri. Aku ok jer. Memang penat jika tak pernah. Qhaliff dengan falsafahnya.. " Don't give up ! ". Dia masih nak ikut aku. Sambil 'berlari' anak di tepi jalan tu, aku tunjukkan beberapa perkara penting. Antaranya... 

  • Berlari atas garisan putih atau jangan lebih dari garisan putih tu. Pastikan berlari bertentangan arus untuk pastikan kedudukan kenderaan agar kita dapat jaga keselamatan kita. 
  • Kebersihan alam sekitar. Pembuangan sampah oleh 'monyet-monyet' di tepi jalan sangatlah mendukacitakan. 
  • Mengenal alam sekitar. Belajar mengenal burung , monyet  dan juga tumbuhan yang sedia ada di sekitar. Juga belajar menepuk nyamuk di badan. 




Alhamdulillah... dia amat sukakan aktviti dia dua hari tu. Sememangnya memenatkan hingga hari ini , Isnin dia ponteng sekolah ! Grrrrr !!

2 ulasan:

  1. last tu lawak. hahahaha.. jgn ponteng la. dedi suka ponteng ke dulu? hahahhaa

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.