Digelar pemalas oleh guru mampu patahkan minat ke sekolah ?

by - Rabu, Jun 26, 2019

Teringat zaman aku sekolah rendah satu tika dulu. Ada seorang guru Matematik membunuh minat aku terhadap Matematik gara gara lempangan dari dia ! Sejujurnya aku minat Matematik tapi disebabkan dia , minat aku terus mati ! Bukanlah aku anak manja pun. Di rumah , kena je sebat ngan rotan dan tali pinggang tapi perlu anda tahu , pelajar sekolah ni memandang tinggi guru guru ni. Mereka cukup takut dan segan dengan cikgu. Tapi apa yang buatkan mereka bersikap kurang ajar dengan cikgu ? Mesti ada sebabnya , kan ?

Sekolah menengah aku , adalah sekolah yang tergolong dalam senarai hitam.. ketika tu. Pelbagai masalah disiplin ada ketika tu. Cukup menakutkan. Tapi aku berjaya lalui tanpa sebarang rekod hitam. Kecuali ada beberapa insiden yang membuatkan aku benci pada beberapa orang cikgu ! Aku tak benci pun guru disiplin mahupun Pengetua. Walaupun aku beberapa kali keluar masuk bilik pengetua dan dirotan di bontot. Aku tak marah pun mereka. Yang aku marah dan benci ialah guru yang memanggil aku bodoh ! Sampai sekarang aku ingat muka dia ! 

Qhaliff , hari ni...hurm.. keluar dari kelasnya dengan muka masam. Longlai langkahnya. Aku tanya kenapa? Tiba tiba ada budak perempuan lalu. Comel gitu. Dia bersuara..

"Dia pemalas. Tak bawak buku.". Pergh.. suaranya macam makcik makcik bawang ! Hahaha..

Aku pandang Qhaliff. Dia kelihatan malu bila kawannya kata begitu , di depan ayahnya sendiri !

"Ibu tak letak buku Pendidikan Islam dalam beg. Cikgu marah. Cikgu kata Qhaliff pemalas."

Aku usap kepala dia. Senyum. Ujian untuk aku. Apakah perlu aku bersuara di dalam grup whatsapp? Katanya di tahap 1 ni nak membina siasah murid murid. Dan ianya bermula dari didikan agama. Jangan cakap la mak bapak di rumah kena didik. Perlu tau , anak anak ni lebih 'takutkan' guru dari mak ayahnya. Jangan sampai mereka hilang hormat pada guru. Aku pernah tengok sendiri apa jadi bila murid hilang hormat pada cikgu. 

"Dah jom.." ajak aku. Perlahan pengerakkan dia. Aku tau dia camana. Sedih bila kena marah lebih lagi jika bukan salah dia. Teringat aku di sekolah menengah dulu. Bila murid tak bawa buku tulis , disuruhnya salin guna kertas kosong. Takda la pulak dikatakan malas. Bukan apa.. kata guru tu doa. Jika ditanam dalam benak murid tu , dia tu pemalas.. maka tiap kali masuk subjek tu dia akan tak berminat. Melainkan cikgu tu kembali mencuri hatinya semula. 

Bila berkata sesuatu yang negatif pada murid , kena bijak untuk cover balik dengan kata kata semangat. Kenapa dan mengapa... kesannya jika diamalkan sikap begitu pada masa hadapan. Nah , murid murid sekarang bukan seperti zaman dulu.. Mereka dah diajar berfikir di luar kotak.

Teringat aku ketika nak menduduki SPM. Aku tak minat subjek Sains. Cikgu yang ajar pun tak menarik minat aku. Heee.. Ada sekali tu, aku kena marah. Terus sentap dan buat bodoh kat dia. Selepas tu , dia panggil aku ke bilik guru. Di situ , dia cakap baik baik dengan aku. Cair hati aku. Hahahaa... Pastu dia bagi aku buku Sains dia untuk aku jadikan rujukan. Yer , sampai sekarang aku ingat muka dia dan aku ingat caranya ketika aku mengajar di sekolah. Konsep dia , aku guna pakai dan ianya berguna !

Dalam kereta, dia masih senyap. Mencari idea untuk menceriakan kembali diri dia. Bukanlah nak kata anak aku ni baik mana atau bijaksana tapi sebagai ayahnya , aku tau kemampuan dia. Takda masalah untuk ke sekolah dan buat je kerja rumahnya. Jika ada yang tak kena , grup whatsap kan ada. Carilah mak bapaknya dan khabarkan pada mereka. Jangan kata 'macam la kita ni banyak masa nak buat semua tu' ! Jika kita ada rasa tanggungjawab pada anak murid kita yang kita anggap macam anak kita sendiri maka, semua itu bukanlah alasan untuk melakukannya. 

"Qhaliff.. Daddy dulu pun banyak kali tertinggal buku. Kena marah ngan cikgu" pujuk aku.

Terus dia ceria.

"Betul ke??? Kena rotan tak?" tanya dia seraya ketawa.

" Banyak kali.. kena kat bontot. Sakit wooo " jawab aku.

" Daddy nangis tak ? " tanya dia

Aku tersenyum.. Terus aku call wife untuk bertanyakan pasal buku latihan Pendidikan Islam Qhaliff tu. 

Maaf... aku bukan back up anak aku tapi sekadar nak bagitau... Jika ada cikgu yang terasa dengan entri ni , rasanya baik check balik ego di dalam diri tu. Apa salahnya sesekali turunkan rasa ego tu. Aku tau camana sebab aku dulu pun dah bergelumang dengan rakan rakan bergelar cikgu yang mana sekarang ni dah pun berpengalaman belasan tahun mengajar. 


Teringat kata seorang rakan aku... Mendidik dan mengajar adalah berbeza. Jika nak jadikan manusia itu seorang yang berguna , mulakan dari mereka kecil. Didik mereka. Jika berjaya ,  tak sukar untuk mengajar mereka dah ! 

Wife tanya aku.. perlu ke dia mesej cikgu dia tu ? Tak perlu. Biarlah Qhaliff belajar mengenal erti kehidupan. Tak semuanya manis di depan mata kita. 

You May Also Like

4 comments

  1. Tahniah Ben.. Kembalikan mood anak kecil yg baru nak kenal dunia bukan satu kerja mudah. Kadang kita kena jadi orgtua, kadang kena jadi kawan dia ,kadang kena jadi lawan dia. Yang penting jgn sampai dia ada rasa ngtive kat sesiapa ,terutama dlm dunia persekolahan dia.

    BalasPadam
  2. setuju BA... mendidik anak kecil ni tak sama dgn pelajar sekolah menengah, mereka ni sdg dlm proses belajar dr satu perkara ke satu perkara.... kena betul2 didik dgn psikologi, kalau guru ckp direct to the point anak-anak kecil ni cpt tangkap dan akan takut.... mereka ingat itu hukuman dan dianggap bersalah.... sy lagi suka kalau anak-anak kecil murid tahap satu ni diajar dgn lemah lembut dan kasih syg spt mereka di alam tadika sbb mereka dlm proses nak mengenal prilaku org sekeliling....

    BalasPadam
  3. Pantas menceriakan si anak! Yes, saya setuju bab cikgu memanggil panggilan negatif pada anak murid. Orang muda belajar dari yang tua melalui perbuatan dan percakapan. Alhamdulillah saya tak ada pengalaman cikgu memanggil panggilan yang negatif. Moga Qhalif dpt ambil yg positif daripada apa yg berlaku.

    BalasPadam
  4. sedih bila bcakap pasal cikgu disekolah..Urmm. Anak yg darjah satu pula,cikgu cakap anak jongang. Sekarang anak dh jadi x bkyakinaN nk ke sekolah. Sllu juga pujuk anak.. kata takde apalah tu. Gigi awak bukan jongang pun, cuma awk over ketawa kt sekolah..

    BalasPadam