Tips aku guna pakai bila buat jamuan raya berkeluarga !

Lama dah aku tak buat jamuan raya berjemaah begini ! Hahaha.. Kali terakhir , masa Qhaliff kecil dulu. Tapi kalau ada yang nak datang tu , pintu senantiasa terbuka jer. Takda masalah pun. Cuma yang macam ni je aku agak pening. Maklumlah , masa tu baru ada anak sorang dan tak paham lagi camana nak urus anak ramai ni. Heee..

Dah kali ni aku dah bersedia ! Hahahaa.. Plan aku begini. Sebelum nak datang tu , aku buat list di Whatsapp. Sila bagitau jumlah kehadiran. Nak tau berapa ramai kanak kanan dan makanan yang sesuai untuk dijamukan. Tujuan utama adalah untuk elakkan pembaziran makanan ! Ni aku cukup pantang betul. Kali terakhir aku buat , banyak makanan dibazirkan. Sedih aku tengok. Kalau boleh , aku nak makan semua tu. tapi apakan daya.. 

Dan plan untuk elakkan tetamu boring ... aku buat gini. Yang bujang , serta suami... lepak kat ruang tamu. Sambil berbual , leh layan movie cerita best. Anak anak lak , aku tabur permainan. Sila berhati hati. Main la sepuashati ! Nak rosak pun aku ok jer. Hahahaa..  

Yang anak besar sedikit , boleh layan Beyblade atau trempolin tu. Melompatlah setinggi mana pun. Takkan terkeluar dari situ. Hahahaha.. Dan mak mak , lepak sebelah makanan ! Sendiri mau paham la yer.





Barang barang mudah rosak , aku jauhkan. Makanan lak , yang mudah untuk mereka pilih dan makan. Mee goreng dan bihun goreng. Kenapa tak da nasi ? Sebab nak elakkan tetamu kekenyangan sangat. Nanti nak memandu pulang , terasa mengantuk lak ! Maklumlah , aku punya sesi petang. Hee.. Dan nasi biasanya akan menghasilkan banyak pembaziran lauk pauk ! 

Alhamdulillah... Bila anak anak dah abis bermain , ibu ibu yang masih belum balik.. bekerjasama mengemas permainan ! Huhuh.. Terharu lak. Memudahkan nanti bila nak mengemas rumah. Penat , memang penat dah tapi hati gembira bila tengok anak anak yang datang.. ayah ayah .. happy ! Mak , jangan citer la. Banyak bawang positif dikopek bersama. 

Yang utama ialah.. tiada pembaziran makanan langsung ! Simple tapi puashati. 

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah..visi misi berjaya.

    BalasPadam
  2. sekarang ni tgh viral isu budak2 beraya merosakkan harta benda tuan empunya rumah. janganlah disebabkan sebegini budaya kunjung mengunjung raya nanti semakin dilupakan.

    BalasPadam
  3. setuju ben.. jadi sesiapa yang nak berkunjung di rumah kita,takdelah takut² nak datang.Kita sebagai tuan rumah kena siap sedia bila nak buat open house ni.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.