Hahaha... kenal tak jiran aku ni ?? Sesungguhnya dialah pemberi semangat aku dari dulu , selain wife aku la... Kalau aku kena attack dek lebah sampah dan lalat buah , sahabat aku ni laaaa .. yang selalu memberi aku semangat .. tanpa kira masa dan tempat.. ehhe.. dia pasti menyokong ..
Terbaru , tanpa diminta walaupun aku akan minta , dia dah awal awal buat entri pasal segmen aku tu haaa.. Segmen GEGAR 1RIBU BLOG APRIL 2011 ( link ) .. Korang dah join ?? Aku terfikirkan satu segmen selepas ini ... berkaitan blog la... ;)
Hurm... mmg sahabat ni suka menolong blogger blogger baru terutamanya yang dia rasa berbakat untuk dimeletopkan .. Bukan apa , dia beri peluang berdasarkan pengalaman dia selama berada dalam dunia blog ... Tak ramai blogger lama akan buat begitu kecuali dia dah rapat dengan blogger tersebut ..
Sememangnya dia selayaknya dipuji kerana sikapnya itu .. Tidak malu aku bagitau , meletopsnya aku di dunia blog ini 50% adalah kerana dia .. Sapa dia ??? Dia adalah .. SUPERMAN .. acah je.. MAT GEBU ! TERIMA KASIH MAT .... Bila nak masuk AF ??