" Tolong klik iklan saya "
" Kalau baik hati , silalah klik "
" Tabung masa depan saya "
Dan banyak lagi.. ini semua korang boleh nampak pada title setiap iklan yang dipasang dalam blog .. Kalau blog tu boleh bercakap , pasti dia suruh tukar ! Kenapa ? Membuatkan dia seperti tiada maruah ! Apakah buat blog semata mata nak pasang iklan dari syarikat syarikat tertentu ?
Serius ! Kalau itulah harapan korang buat blog , korang buang masa !! Ya , aku tau.. dapat la duit kan ? Tapi berapa sangat je ? Yang dok gembar gembur beribu ribu sebulan tu , korang ingat diorg dapat tiap bulan ke ???
Lainlah blog tu dah berusia dan cukup dikenali serta punya trafik yang sememangnya tinggi ! Itu mmg boleh menjana pendapatan yang boleh dikatakan berbaloi ! Tapi untuk mencapai tahap itu , pergh... korang kena ada dua ... satu bijak dalam arena teknikal blogging .. dua , cukup popular dan glamer dalam dunia blog ! Baru boleh menjana pendapatan setiap bulan ..
Apa maksud aku bijak dalam arena teknikal blogging ? Sesetengah blogger punya kemahiran dalam aturacara komputer .Dan ini membolehkan mereka menguasai teknik blogging dengan lebih mendalam..Blogger biasa jarang dapat menguasai teknik ini lalu disyorkan mempopularkan blog !
Populariti blog akan mengundang $$ ! Tapi bagaimana nak popular tu , satu hal lagi.. Ada yang kononnya nak popular dengan cara bijak tapi sebenarnya keji yakni dengan menjatuhkan maruah blogger blogger lain ! Yang ini tidak langsung akan naik sebenarnya .. Hanya syok sendiri dan menambah dosa ...
Aku amik contoh paling mudah blogger yag bukan selebriti tapi berusaha keras mempopularkan blognya iaitu .. erk.. sapa eh.. ada laa.. aku malas nak petik nama dalam ni ... tapi aku rasa korang tau la sapa kan .. haaaa ... Tapi tak semudah itu untuk naik !
Bukak mata ! korang buat blog ... ada banyak lubang untuk tarik duit di dalam dunia blog ini .. Kena bijak dan pantas ! Yang penting , jujur dan amanah .. Jangan sesekali menipu atau mengemis dalam blog korang ...
Seperkara lagi , tak semua yang korang dengar dan baca mengenai pendapatan iklan dari blog itu benar ... Tutup mulut tu.. toksah ternganga .. okeh ?