Dua tahun bergelar blogger tapi tahun inilah yang paling meriah sekali ... Alhamdulillah.. Rakan blogger saling ingat mengingati dengan mengirim ucapan hari raya di Facebook .. Terharu weh.. dan paling membuatkan aku tersenyum ( selain terima ikan terubuk dan kek lapis ) ,
Sapa la aku ni kan ? Bila ada artis tinggalkan ucapan khusus buat aku , mmg terharu abis la kan .. Heheh.. Selain dari tu , banyak lagi ucapan dari rakan blogger yang aku terima di Twitter .. Itu tak termasuk lagi ditawar untuk ditemuramah untuk satu rancangan di RTM .. :)
Selain ucapan raya , malam raya ni aku telah memboroikan diri dengan juadah yang diberi oleh jiran mak aku.. Huhu.. Keluarga jiran ni mmg best la.. Setiap thun tak prnah lupa mengirim juadah pada kitorang.. Cuma tak dapat nak balas sbb mak aku malam ni agak kepenatan untuk memasak ..
Apa apa pon.. tunggu esok.. Nasi tomato spesel mak aku menanti .. hehehe.. Sebulan berpuasa , sebulan memboroikan diri.. huhu.. Menarik sungguh Aidilfitri di Malaysia ...
Alhamdulillah .. Syukur pada Allah kerana memberi kesempatan sekali lagi menikmati Aidilfitri .. SELAMAT HARI RAYA SEMUAAAAA...