Yup … mmg patut layan cerita ni.. Walaupun nampak kartun tapi punya pengajaran yang sangat berguna buat penonton ! Jangan pandang besi buruk tiada gunanya ! 5 bintang dari aku !! Aahaks..
Jangan ketawakan orang .. Hurm.. Perlu ke ketawakan orang ? Ada orang suka ketawakan orang kerana lucu .. Tapi ada orang suka ketawakan orang kerana cemburu !
Aku bagi contoh seorang peniaga runcit. Bermula dari bawah , hinggalah satu hari tu dia berjaya dalam perniagaannya. Dan dia ingin pergi lebih jauh lagi.. Ingin mengembangkan perniagaannya hingga ke luar negara. Dia berjaya ! Tapi malangnya , kerana kemelesetan ekonomi melanda dunia dan bisnisnya lingkup dan memaksa dia kembali ke kampung halamannya. Menariknya , ada segelintir orang kampung mentertawakannya kerana akhirnya dia terpaksa guna kereta lembu untuk bergerak berbanding dulu berkereta mewah..
Bila mereka ketawakan dia , dia hanya mampu senyum dan dia bersuara..
“ Sekurang-kurangnya aku pernah sampai ke luar negara , tidur di tilam empuk , berkereta besar dan memberi ramai orang peluang pekerjaan … Kamu ? “
Sebelum kita nak ketawakan orang , fikirkan apakah sumbangan yang pernah kita buat pada masyarakat atau paling tidak pun , apakah kebaikan yang pernah kita lakukan untuk membantu orang lain ?
Apakah ketawakan orang memberi kebaikan ?